Pengendali skuad Indonesia B-17 Tahun, Nova Arianto memohon maaf selepas pasukannya dibelasah Korea Utara dalam aksi suku akhir AFC B-17 Tahun.
Indonesia tewas dengan keputusan 6-0 dan hasrat mereka untuk memenangi saingan edisi kali ini seperti yang dicanang di media sosial tidak kesampaian.
Baca Juga:
- Penyanyi Rap, Azealia Banks Gelar Indonesia Sebagai ‘Tempat Sampah’ Dunia
- Rupiah Jatuh Teruk, Rakyat Indo Ajak Rakyat Malaysia Melancong Ke Indonesia
- Media Indonesia Anggap Calon Pemain Warisan Malaysia Tidak Setaraf Pemain Mereka
Indonesia B-17 Tahun Gagal Muncul Juara
“Saya minta maaf kerana perjalanan pasukan kita terhenti di peringkat suku akhir.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras semua pemain yang telah berjuang untuk memberikan yang terbaik.
“Para pemain telah melakukan banyak pengorbanan tetapi semuanya membuahkan hasil apabila kami layak ke Piala Dunia B-17.
“Termasuk semua barisan kejurulatihan dan pegawai yang bertungkus-lumus dalam mempersiapkan pemain untuk berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan.
“Sudah tentu setiap orang mempunyai peranan tersendiri dalam menjayakan pasukan ini dalam mencapai impian kami ke Piala Dunia B-17,” kata Nova.

Skuad Indonesia mara ke peringkat suku akhir dengan rekod bersih dalam aksi kumpulan dimana mereka mencipta kejutan dengan menewaskan Korea Selatan 1-0.