Ketika ini, rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk merentas negeri. Pastinya ramai yang mengambil kemudahan ini untuk pulang ke kampung atau melancong, bukan?
Terbaharu, tular di media sosial gambar coklat habis terjual di Langkawi yang dikongsikan Facebook Langkawi kini. Dapat dilihat menerusi gambar-gambar tersebut, pengunjung lepas gian dengan memborong coklat di kedai-kedai sekitar Langkawi.
Jika berkunjung ke Langkawi, memang tidak sah jika tidak bawa pulang coklat. Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Ahmad Hezri Adnan menjangkakan akan mencapai sasaran kedatangan 250,000 pelancong di Langkawi pada bulan ini.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada semua agar sentiasa mengamalkan SOP dan memakai pelitup muka agar tidak terjangkiti wabak pandemik COVID-19. Kita masih belum menang, sama-sama kita jaga diri.
Anda mahu ke Langkawi? Hotel di Langkawi masih lagi tawarkan diskaun sehingga 70%. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Mahu Tarik Pelancong, Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70%
Taman Tema Air Pertama Di Langkawi Dilancarkan Menawarkan 12 Permainan Menarik
Dash Resort Langkawi Tawarkan Penginapan Berkonsepkan Kolonial Perancis