Kecoh di media sosial apabila seorang usahawan terkemuka mengeluarkan koleksi produk bertemakan Palestin. Sebahagian netizen mendakwa bahawa beliau sepertinya mahu mengambil kesempatan ke atas konflik yang berlaku di Palestin.

Pemilik jenama dUCK, Vivy Yusof kini tampil memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terhadap penjualan koleksi tudung dan aksesori terbaharunya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi IG story, beliau memaklumkan bahawa syarikat itu sama sekali tidak akan mengambil sebarang duit yang diterima menerusi koleksi dUCK Palestin.

Kesemua keuntungan akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu berkaitan hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di sana.

Malah, beliau juga menegaskan bahawa tiada pembayaran balik cukai dengan jualan amal yang dibuat menerusi koleksi dUCK Palestin seperti yang didakwa ramai. Perkara ini boleh disahkan bersama Viva Palestina Malaysia sendiri.

Seterusnya, beliau turut memperkenalkan semula koleksi khas ini disebabkan atas permintaan orang ramai yang mahu memakainya sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Malah dengan mereka memakainya, ia boleh menambah kesedaran berhubung konflik yang berlaku di sana dan memberi sokongan kepada Palestin. Secara tidak langsung, pihak dUCK boleh menyebarkan kesedaran dengan medium sebegini tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Akhir sekali, beliau juga menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada NGO yang dipercayai. Malah, pihak dUCK ada menyediakan maklumat akaun bank NGO berkaitan untuk pengguna maya berbuat sedemikian.

Sumber Gambar: IG @vivyyusof

Memang diakui barangan yang dijual menerusi koleksi ini adalah pada harga premium. Namun, anda tidak perlu khuatir kerana 100% hasil jualan akan disalurkan terus ke badan VPM bagi menjalankan misi bantuan ke negara Palestin.

Malah, pihak VPM baru sahaja mendedahkan bahawa Vivy Yusof bersama dUCK berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM2.3 juta untuk membantu rakyat Palestin.

Sumber