Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 1 April 2020 yang lalu, selain frontliners abang posmen adalah ‘wira’ kepada rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, sepanjang rakyat Malaysia stay at home, pasti ringan sahaja tangan untuk membeli secara dalam talian. Sepanjang PKP ini, volume parcel yang diterima syarikat pengeposan termasuklah Pos Malaysia naik berlipat kali ganda.
Kalau order barang, tapi lambat sampai, status trackung tak update dan sebagainya.
Bertimbang rasa sikit dekat national courier kita.
Sehari 730,000 parcel.
Kalau 10 hari dah 7,300,000 parcel.
Terima Kasih kepada abang posmen kita. Frontliner tidak didendang 💯 pic.twitter.com/9UhyJgFYWB
— Naim M. l Performance Marketer (@muhdnaimmustafa) April 25, 2020
Setiap hari rakyat Malaysia menantikan abang posmen dengan penuh debaran dan tersenyum lebar apabila mereka tiba di hadapan rumah. Namun, berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook Masakan Utara Barat, beliau sangat bersimpati dengan nasib seorang abang posmen yang sangat kecewa kerana tiada bonus khas untuk mereka Aidilfitri ini walaupun jumlah parcel yang mereka perlu hantar tahun ini bertambah berbanding tahun lalu.
Perkongsian yang ditulis malam semalam ini telah menerima lebih 12,000 komen dan lebih 14,000 perkongsian (setakat artikel ini ditulis) yang rata-rata bersimpati dengan nasib abang posmen yang sentiasa kerja keras setiap hari menjalankan amanah yang diberi.
Majoriti netizen berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana Pos Malaysia pasti ‘buat duit’ dengan kebanyakan penduduk Malaysia membeli belah dari rumah dan peniaga menggunakan servis Pos Malaysia sepanjang PKP ini.
Namun pada masa yang sama, ada juga individu yang menerangkan situasi getir yang sedang dihadapi pihak Pos Malaysia. Menurut Mohd Azhan , syarikat Pos Malaysia mengalami kerugian hampir setiap tahun dan apa yang dikecapi sepanjang PKP ini mungkin hanya dapat dirasai tahun hadapan kerana keuntungan seminggu dua tidak cukup untuk beri ‘bonus’ kepada pekerja.
Pembelian dalam talian adalah #normabaharu sejak PKP berkuatkuasa. Oleh itu, #PosMalaysia sentiasa komited dalam memastikan barangan yang dibeli sampai ke rumah pembeli secepat mungkin.
Terima kasih kepada para pelanggan dan @501Awani atas sokongan anda.https://t.co/9IfNqHwFpe
— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) May 7, 2020
Pun begitu, ada juga yang berpendapat walaupun tiada bonus, cukup sekadar diberikan satu jenis token ‘one-off’ kepada pada rider dan pekerja gudang Pos Laju dan Pos Malaysia yang perlu bekerja beberapa kali ganda bagi menguruskan lambakan parcel yang diterima sepanjang PKP ini.
Buat masa ini, Pos Malaysia tidak membuat sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini. Apa pun, diharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik bagi menghilangkan kegusaran yang melanda para pekerja pos yang tanpa henti bekerja sepanjang PKP ini.
Lambakan parcel sewaktu PKP menyebabkan Pos Laju tawar kerja dengan komisyen cecah RM6,000 untuk sesiapa yang berminat menjadi ‘rakan pos’ mereka. Baca lagi pada pautan di bawah.
Lambakan Parcel Ketika PKP, Pos Laju Tawar Kerja Dengan Komisyen Mencecah RM6,000
Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?
11 Nasihat Emas Yang Saya Terima Sepanjang Menaiki Jet Peribadi ‘Silent Billionaire’ Dari Kelantan