Sejak pagi tadi tular sebuah rakaman video tular yang memaparkan kejadian sebuah Perodua Myvi yang cuba untuk mengelak daripada membayar tol di media sosial.

Video berkenaan dimuat naik sendiri pemilik kenderaan yang hampir menjadi mangsa ‘cucuk’ itu selepas menyedari cubaan yang dibuat Perodua Myvi yang berada di belakangnya ketika itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
123141160_10225302677340825_7762800770844744948_o
Perodua Myvi yang cuba mengelak untuk membayar tol. FOTO: Kamazuki Junuh

Bercakap kepada The Vocket, pemilik video dan kereta yang diekori itu, Kamazuki Junuh menjelaskan dia mula menyedari cubaan Perodua Myvi itu apabila ianya terlebih dahulu cuba mengekori kereta lain di lorong bersebelahan sejurus sebelum kejadian itu.

Kejadian yang dirakam itu menurutnya berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kelantan ketika menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

“Sebelum itu dia dan kawan dia (sebuah lagi kereta) beratur belakang sebuah kereta di lorong manual yang mempunyai jurutol.

“Tiba tiba bila saya masuk lorong sebelah, Myvi pindah ke belakang saya. Bila saya nampak kawan dia yang naik Jazz tak bayar tol, cucuk belakang satu kereta ini baru saya perasan dia nak tumpang saya.

“Jadi saya slow slow gerak dan dia memang ikut rapat dekat belakang,” kongsi beliau.

122961020_1061497160976239_6720569804308457107_n
Kamazuki Junuh yang menceritakan mengenai kejadian kepada The Vocket.

Menyedari cubaan licik Myvi berkenaan, dia kemudiannya membuat keputusan untuk memberhentikan kenderaanya selepas melepasi palang tol dan bersemuka dengan pemandu Myvi berkenaan.

Selepas beberapa saat menunggu, Perodua Myvi berkenaan menurutnya berundur sebelum beralih untuk menggunakan lorong tol yang lain.

Walaupun cuba mengelakkan diri, namun beliau kemudiannya membuat keputusan untuk berhadapan sendiri dengan pemandu Perodua Myvi berkenaan seperti yang dalam video tular sebelum ini.

Betul bukan tol saya tapi tak amanah

Walaupun situasi dalam video berkenaan kelihatan sedikit tegang, namun beliau menjelaskan ianya berakhir dengan baik.

Jelasnya, kejadian tersebut juga tidak berpanjangan namun tidak dirakam kamera seperti yang dikongsikan sebelum ini.

Mengakhiri perbulaannya dengan pihak kami, Kamazuki juga berharap agar kejadian mengelak untuk membayar tol ini tidak terus berlaku dalam kalangan masyarakat.

Walaupun perkara itu kelihatan kecil namun perbuatan dan sikap yang ditunjukkan individu-individu ini mencerminkan sikap tidak menjaga amanah dalam diri mereka.

“Harap jangan lah buat benda macam ini. Memang bukan tol saya punya.

“Tapi sikap tak amanah macam ini mak ayah kita tak pernah ajar. Sedih mereka kalau tahu kita buat macam ini,” katanya.

Baca juga pesanan daripada lelaki ini kepada segelintir kumpulan berbasikal yang menggunakan jalan raya melalui pautan di bawah. 

‘Mengalah Sahaja Daripada Binasa’- Pelari Ini Kongsi Pesanan Buat Geng Basikal Yang Masih Degil

Nekad Dan Berani, Pasangan Ditangkap Larikan Honda Civic Milik Pasukan Polis

Bukan Satu Tetapi Dua Kemalangan Berpunca Daripada Perodua Kelisa Melawan Arus