Kekejaman Israel Zionis terhadap rakyat Palestin telah mendapat tentangan hebat oleh seluruh manusia di atas muka bumi ini. Orang ramai tanpa kira kulit warna, kaum dan agama dari seluruh dunia telah melakukan demonstrasi besar-besaran menolak ‘perbuatan binatang’ negara haram tersebut.

Pada pagi ini telah berlangsungnya satu demonstrasi Palestin bertempat tanah lapang Dataran Merdeka. Bagaimanapun demonstrasi yang berlangsung itu ‘berbeza’ daripada kebiasaannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut warganet yang menghadiri himpunan tersebut, pihak penganjur telah memberi peringatan untuk tidak melaungkan takbir kerana himpunan itu merupakan ‘himpunan kemanusiaan’ yang mahu melibatkan kelompok bukan muslim.

Pada masa sama, penganjur turut mengelarkan ‘Zionis’ terhadap peserta yang mengangkat grafik sepanduk mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tindakan penganjur demonstrasi itu membuatkan ramai peserta bingung dan sebahagiannya bersurai daripada himpunan tersebut kerana berasa sangat kecewa.

Para peserta menyatakan inilah himpunan demonstrasi yang paling ‘lembut’ dan banyak halangan daripada penganjur yang pernah mereka turut serta sepanjang siri demonstrasi Palestin yang diadakan di negara ini.

Difahamkan para peserta berkumpul di luar padang dan membuat ‘demonstrasi bebas’. Mereka berdemo seperti mana demonstrasi Palestin yang diadakan di tempat-tempat lain.

Sementara itu menerusi satu hantaran Facebook semalam, penganjur telah berkongsi peringatan mengenai himpunan yang berlangsung pada hari ini.

Antaranya, peserta dilarang membuat hate speech, mempromosikan kebencian terhadap individu atau kumpulan, mencetuskan konflik dan bertindak agresif.