Baru-baru ini, seorang influencer di platform TikTok telah memperkenalkan kek cokelat buatan sulungnya yang dinamakan sebagai Kek Hitam Premium.
Promosi lelaki itu dilihat memang menjadi apabila sudah sensasi di media sosial namun bukanlah dari sudut positif kerana dikecam teruk susulan menawarkan kek cokelat tersebut pada harga tidak masuk akal.
Ramai mempersoalkan tetapan harga itu kerana percaya pembuatan kek cokelat adalah mudah serta bahan-bahan digunakan boleh didapati pada harga yang murah.
Susulan bertalu-talu dikecam netizen, influencer yang dikenali sebagai Fendymojo langsung mempertimbangkan penurunan harga yang lebih murah iaitu RM29, lebih murah RM10 berbanding yang asal.
Dia melihat kritikan sebagai peluang untuk meningkatkan kualiti produknya.
Untuk mendapat kepercayaan kembali, dia bukan sahaja menurunkan harga, malah sedia memberi tambahan goodies bagi setiap pembelian termasuklah kotak premium untuk pembelian dua kotak sekaligus dan sampul raya dengan tiga rekaan menarik menerusinya.
@fendymojo Aku ambil setiap kritikan yang membina. Dan sekarang, setiap pembelian kek hitam premium akan dapat sampul raya. Untuk yang beli 2, dapat ultimate box ni sekali. #hitampremium #fendymojo
Walaupun harga telah dikurangkan, orang ramai masih menganggapnya tidak berbaloi dan lebih suka membeli kek coklat yang lebih murah dan berpatutan di bazar.


Pada masa yang sama, ada juga yang ingin menunggu ulasan daripada pengulas makanan terkenal, Jason, untuk menilai sama ada kek tersebut berbaloi dengan harganya.