Hari yang sedih buat industri hiburan tempatan apabila Fairuz Misran yang popular dengan meniru gaya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dilaporkan meninggal dunia.

Berita pemergian Fairuz Misran yang berusia 38 tahun yang nyata mengejutkan pelbagai pihak ini turut disahkan sendiri oleh ahli keluarga beliau sendiri menerusi laman Facebook Ruzaidi Misran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, Fairuz Misran yang dilahirkan di Sandakan, Sabah ini berjaya menempa nama dalam industri hiburan selepas berjaya menjuarai pertandingan bintang P.Ramlee peringkat kebangsaan pada tahun 2012.

Bukan sahaja mempunyai gaya yang sama, suara, teknik nyanyian serta mempunyai rupa paras yang sama seperti legenda negara ini turut membuatkan beliau dikenali dan disenangi ramai.

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Fairuz Misran dan didoakan semoga Allahyarham Fairuz Misran ditempatkan di kalangan orang beriman.