Dalam mendapatkan sebuah komputer riba, pasti seseorang pengguna mahukan sebuah komputer riba yang serba lengkap serta memenuhi ciri yang diperlukan.

Buat golongan profesional khususnya mereka yang terlibat dalam industri kreatif digital, pastinya model yang memfokuskan kepada produktiviti antara yang didambakan.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan lima perkara yang perlu anda ambil perhatian dan kenapa ASUS Zenbook DUO (2024) wajar menjadi pilihan.

1. Skrin paparan OLED dengan resolusi 3K

Sebut mengenai kerja atau tugas profesional, sudah pastinya skrin yang jelas dan terang antara yang menjadi keutamaan. Mana tidaknya, perkara pertama yang menjadi tontonan setiap hari haruslah berada dalam keadaan terbaik dalam menjamin kerja kekal produktif.

Pemilihan skrin dengan paparan OLED serta mempunyai resolusi tinggi antara yang perlu dijadikan keutamaan. Selain itu, skrin dengan response time yang rendah memastikan segala imej yang terpapar pada skrin dapat dilihat dengan jelas tanpa masalah kabur.

Menerusi ASUS Zenbook DUO (2024), para pengguna bakal menikmati antara kualiti skrin yang terbaik di komputer riba di mana model ini dilengkapkan dengan paparan ASUS Lumina OLED 14-inci (dwi-skrin) beserta resolusi 3K. Refresh rate yang ditawarkan pula adalah setinggi 120Hz.

Dalam erti kata lain, warna yang tepat dan terang bakal membantu anda untuk melakukan tugas seharian dengan baik.

Bukan itu sahaja, penggunaan paparan OLED bukan sahaja mampu menghindari mata anda daripada masalah mudah letih dan pedih, malah paparan OLED terbukti mampu mengurangkan sebanyak 70% penawaran cahaya biru.

2. Komputer riba dengan penawaran dwi-skrin

Tidak hanya memfokuskan kepada skrin utama, model ini turut dilengkapkan dengan dua skrin dalam satu komputer riba. Tujuannya mudah, mahu membantu untuk meningkatkan produktiviti pengguna bagi tujuan kreativiti mahupun kerja seharian.

Selain itu, para pengguna turut berpeluang menyerlah kreativiti menerusi melukis dan sebagainya menerusi penggunaan skrin kedua. Menarik bukan?

3. Hadir dengan sokongan 4 mod berbeza

Tidak sekadar hadir dengan ciri boleh lipat, model ini turut menampilkan sebuah lagi ciri unik yang tidak tersedia pada model pesaing iaitu penawaran 4 mod berbeza menerusi sebuah peranti sahaja.

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang untuk menggunakan ASUS Zenbook DUO (2024) ini dalam mod dwi-skrin, desktop, laptop, dan sharing mode. Walau bagaimanapun, model ini tidak menyokong tablet mode memandangkan skrin ASUS Zenbook DUO (2024) tidak boleh dilipat ke belakang.

Ciri ini membolehkan anda menggunakannya di rumah sebagai desktop, serta meneruskan tugas di merata-rata tempat sebagai komputer riba dan juga menyemak atau melihat data-data dengan lebih teliti menggunakan kedua-dua skrin dalam mod dwi-skrin.

Menerusi mod ini, anda juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan papan kekunci nirwayar yang disertakan, atau menggunakan papan kekunci perisian. Serius cool!

Sekiranya fleksibiliti antara yang anda perlukan pada sebuah komputer riba, mungkin ASUS Zenbook DUO (2024) antara yang anda perlukan!

4. Pilihan terbaik buat anda yang kerap bekerja secara on-the-go

Siapa sangka penawaran dwi-skrin serta spesifikasi yang serba lengkap, model ini masih lagi mampu menawarkan saiz yang optimum buat para pengguna.

Dengan berat hanya 1.35 kilogram dan setebal 14.6mm, ASUS Zenbook DUO (2024) dilihat pilihan terbaik buat mereka yang kerap melakukan tugas tanpa mengira tempat.

Oh ya, mengulas mengenai ketahanan dan pengecasan bateri ASUS Zenbook DUO (2024), para pengguna sekadar 49 minit untuk mengecas daripada 0% kepada 60%. Penggunaan untuk satu pengecasan penuh pula mampu bertahan sehingga lebih 13 jam.

5. Tahan lasak dan dihasilkan daripada bahan kitar semula

Sebuah lagi perkara unik mengenai ASUS Zenbook DUO (2024) ini adalah model ini disahkan tahan lasak untuk penggunaan seharian.

Berjaya melepasi MIL-STD 810H US Military Grade, model terbukti mampu menahan tekanan suhu panas atau sejuk, jatuh, gegaran serta penggunaan di tempat tanah tinggi.

Pihak ASUS turut memberi penekanan kepada penggunaan bahan kitar semula di mana majoriti kerangka Zenbook DUO (2024) berjaya dihasilkan menerusi penggunaan bahan kitar semula daripada material magnesium alloy.

6. Dilengkapi dengan processor Intel® Core™ Ultra 9

Tidak sah rasanya sekiranya tidak membincangkan soal spesifikasi bagi komputer riba dengan spesifikasi yang tinggi.

Dalam usaha untuk menjadi komputer riba yang serba lengkap, ASUS berjaya melengkapkan Zenbook DUO (2024) dengan penggunaan processor terbaharu daripada Intel iaitu Intel® Core™ Ultra 9.

Bukan itu sahaja, model ini turut dibantu dengan penawaran RAM LPDDR5x sehingga 32GB dan ruang storan SSD dengan saiz 1TB PCIe®. Pastinya tiada masalah melibatkan lagging lebih-lebih lagi sewaktu ada melakukan tugas melibatkan multitasking.

Sesuai dengan penawaran peranti untuk golongan profesional, ASUS Zenbook DUO (2024) turut ditawarkan bersama webcam beserta teknologi 3DNR dan AI dalam membantu menawarkan kualiti video yang jelas dan terang bagi tujuan panggilan video menerusi Microsoft Teams atau Zoom.

Berbincang soal harga, ASUS Zenbook DUO (2024) hadir dengan tanda harga RM9,999. Menerusi harga yang ditawarkan, jelas model model ini hadir dengan tanda harga yang premium.

Walau bagaimanapun, melihat kepada fungsi, keunikan serta versatiliti yang ditawarkan, ASUS Zenbook DUO (2024) mungkin pilihan komputer riba yang berbaloi khususnya buat mereka yang mahukan sebuah peranti yang serba lengkap dalam sebuah komputer riba.

Dalam erti kata lain, model ini disasarkan buat mereka yang sedang mencari sebuah desktop, tablet, komputer riba dan beberapa mod lain dalam sebuah peranti yang sekaligus lebih menjimatkan ruang dan poket berbanding mendapatkan pelbagai peranti secara berasingan.

Khas buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai ASUS Zenbook DUO (2024), anda boleh mendapatkannya secara rasmi menerusi laman rasmi ASUS dengan klik di sini.

Selain itu, ASUS turut menawarkan sebuah lagi model altenatif iaitu Zenbook 14 OLED (UX3405) yang hadir dengan rekaan nipis dan ringan namun masih lagi mengekalkan elemen premium pada sebuah komputer riba.

Selain itu, ASUS turut menawarkan sebuah lagi model altenatif iaitu Zenbook 14 OLED (UX3405) yang hadir dengan rekaan nipis dan ringan namun masih lagi mengekalkan elemen premium pada sebuah komputer riba.

Hadir dengan warna Ponder Blue dan Foggy Silver, model ini disasarkan buat mereka yang mahukan sebuah komputer riba premium namun masih lagi menawarkan spesifikasi yang serba lengkap dengan harga yang lebih rendah.

Mengulas dari segi spesifikasi, ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) hadir skrin 14-inci OLED dengan resolusi 3K. Penggunaan processor Intel® Core™ Ultra 7 dengan RAM LPDDR5x sehingga 32GB serta ruang storan SSD dengan saiz 1TB PCIe® memastikan model ini menjadi antara pilihan terbaik buat para pengguna.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) sedia ditawarkan pada harga serendah RM4,499.Menerusi spesifikasi yang ditawarkan, tidak mustahil model yang ditawarkan dengan waranti sehingga 2 tahun ini menjadi pilihan ramai.

Ketahui lebih lanjut mengenai ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) dengan klik di sini.