Sebut mengenai jenama Gardenia pasti orang ramai sudah cukup kenal dengan produk keluaran terlaris mereka iaitu Gardenia Original Classic. Menjadi pilihan buat sejumlah besar keluarga di Malaysia antara yang membuatkan jenama ini terus kekal dicari sehingga kini.
Terbaharu, setelah sekian lama hadir dengan wajah yang sama, Gardenia pada hari ini menerusi laman Facebook mereka mengumumkan wajah baharu roti Gardenia Original Classic secara rasmi.
Tidak hanya dengan wajah baharu, Gardenia Original Classic terbaru ini turut ditawarkan dengan kebaikan Nutrinegy yang kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin E serta tanpa lemak trans dan kolestrol.
Sebagai rekod, roti Gardenia pernah membuat orang ramai panik setelah dilaporkan sold out di sejumlah besar kedai selepas sahaja pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Ketahui juga cara mudah menghasilkan pizza dan lasagna yang enak menggunakan roti Gardenia. Pastinya sangat menarik untuk dicuba sebagai menu berbuka kelak.
Resipi Mudah Pizza Guna Roti Gardenia Yang Sedap Anda Wajib Cuba Ini Raih Lebih 1.2K ‘Shares’
Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’