Sebagai pengetahuan am, anda sebagai pekerja tidak boleh diberhentikan kerja secara paksa oleh majikan. Namun, tetap ada segelintir majikan yang sengaja menekan pekerja dek kerana mungkin tidak mengetahui hak mereka dalam perihal itu.

Namun, berbeza nasib buat seorang individu bernama Nizatul Asmar Chek Umar apabila dia berjaya memperoleh pampasan sebanyak RM191,530.50 selepas diberhentikan kerja secara paksa dengan menghantar surat resign dengan format khasnya.

Menurut laporan FMT, Nizatul telah dipaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Sumber Manusia dengan cara yang salah oleh bekas pengurus besar syarikat itu, Henry Ong Ewe Teow.

Difahamkan segalanya bermula apabila Nizatul mendengar rungutan pekerja mengenai kelakuan majikannya itu.

Susulan itu, hubungan kerja antara Nizatul dan Ong menjadi keruh sehinggalah dia dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 10 November 2022.

Walaupun Nizatul cuba membuat aduan berhubung peletakkan jawatan secara paksa, syarikat tersebut dilaporkan tidak mengambil kisah untuk mendengar luahan pekerjanya yang teraniaya.

Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam kemudian mengecam tindakan syarikat itu yang tidak memanggil Ong sebagai saksi dan menekankan ketidakhadirannya dan penamatan pekerjaan itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.

Mahkamah lalu memberikan gaji 14 bulan dan pampasan sebulan sebagai ganti pengembalian semula berjumlah RM241,570 namun dikurangkan 10% setelah diselaraskan.

Format surat resign jika dipaksa berhenti kerja

Dipaksa Berhenti Kerja, Wanita Berjaya Peroleh Pampasan RM191,000 Selepas Hantar Surat ‘Ini’
Sumber Gambar: X

Dalam hantaran asal di platform X, individu berkongsi mereka yang mengalami masalah yang sama, anda sebenarnya boleh tulis di dalam surat itu dengan menyatakan telah meletakkan kerja secara paksa oleh majikan.

Ini bakal menjadi senjata yang ampuh buat anda yang mahu mendapatkan keadilan di mahkmah kelak.

Boleh rujuk gambar yang dikongsikan sebagai panduan dan lihat betapa lengkapnya Nizatul dalam membela diri yang dia telah dipaksa untuk meletakkan jawatan oleh pengurus besar syarikat Petaling Jaya Dairy Sdb. Bhd.

Buat para pembaca, anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang cakna dalam menuntut hak mereka sebagai pekerja jika dianaiya sedemikian rupa.