Permainan Monopoly Go merupakan permainan kasual terbaharu yang menjadi kegilaan ramai pada ketika ini. Permainan ini sangat menyeronokkan kerana anda boleh ‘merompak’ wang rakan-rakan di samping menjadi pengumpul pelekat digital yang rare.

Bagaimanapun, amat mengejutkan apabila ada pengguna maya dari platform media sosial X mendedahkan lokasi akaun Instagram permainan tersebut di Israel.

Baca Juga:

Permainan monopoly go
Sumber Gambar: Instagram

Menerusi satu bebenang daripada pengguna lain, dikongsikan bahawa Monopoly Go dicipta oleh syarikat Scopely di cawangan Israel dan Itamar Peled merupakan salah seorang kingmaker idea kepada Monopoly Go.

Itamar Peled yang berasal dari Tel Aviv bekerja di dalam syarikat Scopely cawangan Israel sebagai Ketua Kewangan. Permainan Monopoly Go ini sememangnya tercetus daripada pemuda yang berasal di Tel Aviv dan dibangunkan di negara berkenaan.

Anda boleh rujuk sendiri di laman rasmi Scopely yang menyatakan Itamar Paled memainkan peranan penting dalam membangunkan permainan popular itu.

Selepas penemuan ini tular, orang ramai terkejut apabila mengetahuinya dan ia membuatkan mereka mula rasa curiga terhadap permainan. Mereka berpendapat ini merupakan agenda yahudi yang mahu melalaikan umat Islam untuk leka bermain.

Sumber Gambar: X @brilliantebyul
Sumber Gambar: X @brilliantebyul

Dalam pada itu, ada yang menyatakan pihak pembangun sepertinya sengaja meletakkan bangunan berbentuk masjid yang boleh dirobohkan di dalam Monopoly Go. Jadi, netizen kini memilih untuk memboikot dan membuang permainan tersebut daripada peranti masing-masing.