Mencari bilik untuk disewa sememangnya sebuah perkara yang sukar meskipun di kawasan bandar. Menepati kriteria bilik yang selesa, harga yang berbaloi serta berada di kawasan yang diingini sememangnya idaman buat para penyewa.
Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang penyewa bilik berwarganegara Malaysia menjadi mangsa scam seorang tuan rumah di Singapura apabila tuan rumah berkenaan sedia menyewakan sebuah bilik dengan harga setinggi S$550 (~RM1,709).
Disangka bilik tersebut dikongsi bersama penyewa lain, siapa sangka harga sewa yang ditawarkan hanyalah untuk sebuah ruang kecil bersama penghandang.
Terkejut dengan ruang yang disewa, beliau memilih untuk berkongsi pengalaman di Facebook dalam bertanyakan sama ada ‘ruang’ yang disewa sebuah kebiasaan di Singapura atau sebaliknya.
Perkongsian beliau telah menjadi tular dan meraih sekitar 3,000 shares. Berikut merupakan respon netizen Singapura yang terkejut dengan ruang yang disewakan pemilik rumah tersebut.
Difahamkan menawarkan penghandang kecil dalam sebuah bilik seperti yang tertera dalam gambar bukanlah perkara normal di Singapura malah turut dihalang pihak Singapura.
Agak mengejutkan melihatkan terdapat tuan rumah yang sanggup menawarkan sebuah ruang kecil sekadar cukup untuk meletak tilam sahaja dengan harga yang tidak masuk akal.
Tular sebelum ini apabila seorang instafamous bangga mempamerkan mampu surprise pekerja dengan pemberian bonus sekaligus mengabaikan SOP.
Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang, Hampir 600 Cawangan Bank Di Malaysia Dijangka Tutup