Tahukah anda bahawa Melanie Perkins, pengasas Canva pernah membentangkan idea perniagaanya kepada 100 pelabur, namun semuanya mengambil sikap menolak dan sebahagian pula sempat menyatakan bahawa ideanya tidak berguna.

Namun siapa sangka, kini Canva adalah salah sebuah laman sesawang yang menjadi tempat berjuta orang menghabiskan waktu mencipta reka bentuk yang kreatif.

Baca Juga:

Melanie yang lahir di Perth pada 13 Mei 1987 sangat suka mencipta pelbagai poster. Disebabkan itu, semasa belajar dari peringkat sekolah hingga ke universiti, beliau menjadikan lukisan sebagai mata pelajaran utamanya.

Pada tahun 2006, ketika menjadi seorang tutor reka bentuk kepada pelajar sekolah. Melanie mengenal pasti masalah muridnya, iaitu mereka sukar untuk memahami dan menggunakan aplikasi reka bentuk kerana terlalu rumit. Malah, tidak ada seorang pelajarnya yang mahir menggunakan Photoshop, Coreldraw, Adobe Stock, dan sebagainya.

Berdasarkan permasalahan ini, Melanie berniat mahu membina sebuah aplikasi reka bentuk grafik yang ringkas dan mudah difahami dan disebabkan itu, beliau memanggil teman baiknya, Cliff Obrecht, untuk mengembangkan ideanya.

Dipendekkan cerita, hasil perbincangan bersama temannya telah membuahkan hasil  dengan tertubuhnya aplikasi reka bentuk buku tahunan pelajar, Fusion Books, pada tahun 2007. Melalui aplikasi ini, pelajar tidak perlu menghubungi vendor untuk mereka bentuk buku tahunan mereka.

Tanpa disangka, Fusion Books yang pada mulanya hanya wujud untuk digunakan oleh muridnya, kemudian ‘meletup’ dan digunakan oleh lebih 200 sekolah. Bagaimanapun, pencapaian ini tidak membuatkan Melanie berpuas hati.

Dia masih bercita-cita mahu mencipta aplikasi reka bentuk pelbagai fungsi. Bukan sahaja untuk buku tahunan, tetapi juga kad perniagaan, reka bentuk poster, pembentangan, dan sebagainya.

Malangnya, usaha beliau merealisasikan aplikasi itu tidak mudah. Melanie menjelaskan bahawa cabaran terbesarnya ialah mencari pelabur. Dia mengalami kesukaran mendapatkan dana daripada pelabur. Lebih 100 potensi pelabur yang beliau jumpa, semua menolak idea Melanie dan Obrecht, ada juga yang hanya mentertawakan cita-cita mereka.

Sehingga akhirnya, harapan tiba pada tahun 2011. Di Perth terdapat pertandingan ‘start up’. Tanpa diduga beliau menang. Dari sini dia berpeluang berhijrah ke Silicon Valley.

Singkat cerita, selepas meninggalkan pusat teknologi AS, dia mula menerima pelaburan bernilai AS$ 3 juta pada 2012. Nasib mereka bertambah baik, apabila bekas pekerja Google dari Sydney, Cameron Adams, sudi membantu mereka berdua.

Adam yang kemudiannya menjadi pengasas bersama dikatakan telah membantu dalam sektor pembangunan teknologi. Daripada hasil tiga perbincangan tersebut, pada 1 Januari 2013, sebuah aplikasi reka bentuk grafik bernama Canva telah dilahirkan.

Dalam sekelip mata, aplikasi ini berjaya digunakan oleh 50,000 pengguna. Kemudian setahun kemudian ia digunakan oleh 600,000 pengguna dengan 3.5 juta reka bentuk.

Kini, Melanie Perkins hanya perlu menuai hasil kerja kerasnya. Menurut laporan Forbes pada 2024, Canva kini bernilai sebanyak US$ 3.6 bilion atau RM16 bilion. Sementara itu, menurut The Social Shepherd, Canva sendiri telah mengaut keuntungan sehingga US$ 1.7 bilion.