Tahun ini seolah-olah tahun kekecewaan kepada rakyat Malaysia, apabila dividen ASB diumumkan pada 6.75%, terendah dalam sejarah berbanding 7.25% tahun sebelumnya. Dan kini dividen Tabung Haji pula jatuh kepada 4.25% (berbanding 5.00% pada tahun 2015 dan 6.25% pada tahun 2014).
Ramai yang kecewa, tak kurang juga yang mula memikirkan adakah masih wajar untuk terus menyimpan duit di dalam instrumen-instrumen ini.
Kepada sesiapa sahaja yang belajar kewangan, pasti sangat familiar dengan teori return-risk tradeoff.
Senang ceritanya, semakin tinggi potensi pulangan pelaburan tersebut, semakin tinggi risiko untuk pelaburan tersebut.
Jika ada peluang pelaburan yang melanggar hukum ni, biasanya peluang pelaburan tersebut adalah terhad.
Sebagai contoh, pelaburan di dalam pasaran saham memang mampu memberikan potensi pulangan setinggi 300% setahun, tapi pada masa sama untuk anda potensi kehilangan duit pelaburan adalah sebanyak 90%.
Simpanan di dalam bank mungkin hanya memberikan 2% setahun, tetapi insyaAllah risiko untuk kehilangan duit itu sangat tipis malahan pulangan itu boleh dikatakan dijamin.
Berapakah kadar pulangan yang ‘zero-risk’ itu sangat bergantung kepada kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM, dan juga kadar kadar faedah untuk Bon Kerajaan (fixed income).
Bermakna kalau negara kita mempunyai kadar faedah yang tinggi seperti Turki pada 8-10%, maka kalau kita buka fixed/time deposit di Turki pun, kita boleh dijamin mendapat pulangan sehingga 9.9%!
Riba’ VS Pelaburan
Golongan Melayu Muslim kena sentiasa ingat satu benda. Di dalam Islam, hanya ‘pelaburan’ riba’ yang menjanjikan keuntungan.
Secara asasnya, pelaburan di dalam Islam tidak boleh sesekali menjanjikan keuntungan.
Sebab itulah akaun EPF syariah tidak menjanjikan pulangan minima.
Inikan tidak. Konon nak pelaburan syariah, tapi melenting cakap akaun syariah EPF tak ada pulangan minima, lebih merugikan.
Lepas tu biar viral dan orang-orang yang sama-sama tak tau pun tak buka sebab ingat ini agenda kerajaan nak ambik duit rakyat. Deyy, itu namanya kau dah larut di dalam dunia riba’.
Yup, larut di dalam dunia riba’- atau lebih tepat larut di dalam dunia pelaburan tanpa risiko yang menjanjikan keuntungan.
Disebabkan kegagalan memahami perkara inilah betapa ramainya kalangan kita yang tertipu dengan skim cepat kaya.
Masuk RM10,000, dapat 7% sebulan, setahun 84%. Bila orang kata tak logik, mulalah keluar 1001 hujah.
Lebih best letak topeng agama, tunjuk ada derma kat anak yatim, hantar orang pergi umrah. pffftt.
Kita (golongan Melayu Muslim a.k.a bumiputra) sudah terlalu lali dengan pelaburan tanpa risiko.
Kita sebenarnya lebih mencintai riba’ daripada golongan non-muslim.
Kenapa? Kerana kita mempunyai banyak ruang-ruang untuk melabur tanpa risiko dan dijanjikan pulangan, sedangkan non-muslim tidak. Tabung Haji, ASB, dsb.
Walaupun pada asasnya, semua itu tidak menjanjikan pulangan. Malahan sepatutnya kita bersedia dan menerima pun kalau diorang cakap tahun ni 0% dividen atau hibah.
Tapi disebabkan sudah terlalu biasa mendapat pulangan yang melebihi pulangan pasaran dengan semua itu, maka kita take it as granted. Seperti wajib untuk mereka memberikan pulangan yang tinggi.
Sedangkan kewajiban itu tidak ada, sebab Tabung Haji adalah wadiah (simpanan) manakala ASB adalah pelaburan (yang tertakluk pada risiko untung/rugi).
Sekadar TH, ASB dan akaun syariah EPF dijamin duit asal oleh kerajaan (bukan dijamin oleh mereka sendiri).
Maka secara konsep ianya mengikut syariah (walaupun ASB dan EPF ada melabur di dalam pelaburan non-syariah), kerana mereka tidak menjanjikan pulangan.
Memahami struktur pelaburan ASB, TH dan EPF
Asset allocation untuk ASB, TH dan EPF adalah seperti berikut:
Kalau dilihat dari sini, maka memang sepatutnya ‘potential return’ ASB yang paling tinggi (yang menjelaskan kenapa dividen ASB sentiasa lebih tinggi daripada yang lain).
TH yang kedua (walaupun equity sikit, tapi 11% di dalam property), manakala EPF yang paling rendah.
Tetapi sekali lagi diingatkan, semua ini hanyalah ‘potential return’ tidak ada jaminan pun pelaburan mereka akan sentiasa berjaya. Apatah lagi di saat pasaran kewangan itu sendiri tidak memberikan peluang untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.
Keadaan pasaran kewangan
Yang warna merah tu pasaran saham Malaysia, KLCI, manakala yang warna kelabu tu 10-year government bond yield, atau bahasa mudahnya kadar faedah untuk 10-year government bond.
Nampak tak apa jadi dengan garisan merah?
Yup, dia tengah downtrend semenjak tahun 2015. Bermaksud secara umumnya, kebanyakan pelabur tengah mengalami kerugian.
Pada tahun lepas, kesemua TH, ASB dan EPF masih boleh memberikan dividen yang agak tinggi.
Kenapa? Sebab Ringgit jatuh pada tahun 2015. Maka ini menjadikan pelaburan mereka di luar negara memberikan pulangan yang agak besar.
Jadi mereka menjual aset-aset di luar negara tersebut, dan dijadikan pulangan dividen untuk sesi 2015.
Tapi tahun lepas? Ringgit ada sedikit mengukuh kemudian jatuh kembali, tapi pada paras yang lebih kurang sama dengan hujung 2015.
Malahan kebanyakan aset luar negara yang ingin dilepaskan sudah dilepaskan.
Pasaran saham tempatan pula secara keseluruhan statuk, hanya turun naik sedikit dengan secara keseluruhannya lebih banyak turun berbanding naik.
Jadi persolannya, dari mana ingin mereka berikan dividen setinggi 7-8% seperti pada zaman kegemilangan mereka?
Tak ada. Susah. Lebih susah lagi apabila sebahagian mereka tersekat dengan pelaburan yang sekarang ini sedang mengalam huge paper loss. Duit untuk melabur pun tersekat.
Strictly speaking peluang itu ada, apabila bon kerajaan mencecah harga yang sangat tinggi sebelum Trump menang, ketika itu kalau mereka menjual aset fixed income mereka, maka mereka boleh mendapat keuntungan yang agak besar.
Malangnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan harga bon akan jatuh menjunam selepas Trump menang, disebabkan fund outflow yang sangat besar, menjadikan kerugian atas kertas yang dialami dua kali ganda daripada potensu untung yang boleh diperolehi sebelum tu. Sangat banyak institusi kewangan yang ternganga je tengok peluang yang terlepas.
Take Home Message
Maka take home message adalah, hakikatnya TH dan ASB melanggar hukum pelaburan. Mereka memberikan pulangan yang tinggi untuk pelaburan yang tiada risiko.
Bersyukurlah selagi mana pulangan itu sudah lebih tinggi daripada deposit tetap di bank, sebab hakikatnya bukan bumiputra kalau boleh dapat pulangan 4.25%, terkejar-kejar mereka akan meletakkan duit di dalamnya.
Dan satu lagi, sentiasalah beringat yang di dalam Islam, keuntungan yang dijamin itu sebenarnya tidak dibenarkan. Hanya riba’ yang menjanjikan keuntungan.
Sebab itu sentiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja yang menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi daripada ASB, tetapi dikatakan ianya tanpa risiko.
Kalau nak posisikan ASB dan TH di dalam graf risk-return tu, maka di situlah ASB dan TH. Terang-terang lari daripada hukum pelaburan.
Tetapi ianya boleh melanggar hukum pelaburan kerana ianya dijamin kerajaan, bukan kerana pelaburan mereka sendiri satu pelaburan yang ajaib.
Cuma ada satu yang merah di atas tu. Yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar tanpa sebarang risiko. Apa nama dia?
Nama dia Skim Cepat Miskin.
Jadi ingat, kalau jumpa je orang yang tawarkan pelaburan menjanjikan pulangan yang tinggi tanpa sebarang risiko. Maka ingat bahawa itu adalah skim cepat miskin. Ianya tidak logik.
Dan ingat juga pelaburan yang menjaminkan keuntungan di dalam Islam hanyalah riba’.
Ada terjumpa orang komen nak belajar melabur sendiri selepas melihat hibah Tabung Haji yang rendah.
Ini sesungguhnya sesuatu yang sangat bagus. Sebab bumiputra terlalu ramai yang buta pelaburan, dah semua orang bergantung kepada ASB dan TH.
Sudah tiba masanya untuk kita keluar dari kepompong keselesaan dan mula mendalami ilmu pelaburan yang sebenar (bukan skim cepat kaya bertopengkan emas pimp whatever lah, forex, bitcoin, hotel dsb).
Ah ye. Kepada yang mengambil pinjaman ASB dengan kadar tetap 5%+. Sekadar peringatan mesra. Sesungguhnya langsung tak mustahil satu hari nanti dividen ASB juga turut mencecah 4%+
Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud)