Dr. Rafidah tak akan berhenti mempromosikan air kosong sebagai minuman utama kepada rakyat Malaysia.

Dr. Rafidah sebelum ini banyak menerima sindiran daripada segelintir netizen gara gara dia memberikan komen dia hanya berbuka puasa dengan air kosong.

Komen tersebut dibuat oleh Dr. Rafidah di hantaran seorang pempengaruh terkenal, membuatkan ramai kurang senang dengannya.

Kerana menurut mereka sikap Dr. Rafidah seperti seorang ‘joy killer’ dan dianggap menumpang di hantaran orang lain.

Dr. Rafidah tak akan berhenti war-warkan air kosong

Ada sebab kenapa Dr. Rafidah tak akan berhenti mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan pengambilan air kosong tanpa gula dan perasa tiruan serta bahan pengawet.

Dr. Rafidah kemudian menulis di X bahawa itu tak akan pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkempen kebaikan air kosong berbanding minuman yang banyak gula dan manis.

Dia menulis: “Saya tidak akan berhenti promosi air kosong, demi kesihatan rakyat Malaysia. Terima kasih KKM untuk segala infografik didalam video ini.”

Dalam ulasannya pada video, Dr. Rafidah berkata: “Air manis ini ada banyak gula, bahan pengawet. Jadi kalori dia banyak, gula banyak.

gula

“Jadi dua benda yang penting [untuk diambil kira], [pertamanya] obesiti atau naik berat badan, dan juga [yang kedua] kencing manis.

KKM

“Jika seseorang sudah mengidap kencing manis, dia akan berdepan dengan banyak lagi masalah kesihatan lain yang akan timbul.

“Jadi saya benar benar berharap agar praktikkan ambil air kosong tanpa gula, tanpa susu pekat manis, tanpa pengawet yang lain. Saya sarankannya bukan hanya di bulan Ramadan, bulan Syawal.

“Jadikannya sebagai gaya hidup yang sihat. Jadi kita terhindar daripada risiko kencing manis, obesiti.

“Cuba kita tengok statistik obesiti di Malaysia, ianya semakin menular. Kita jangkakan 50% rakyat Malaysia akan obesiti menjelang tahun 2050.

obes

“Jadi hati hati semua ya,” kata Dr. Rafidah yang tak akan berhenti mengajak rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan lebih baik.