Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi peringatan mengenai adab ketika ziarah kubur.
Isu itu menjadi perbincangan netizen selepas terdapat individu melakukan perkara yang melampaui batas ketika menziarahi kubur Allahyarham Nurly Shahira.
Baca Juga:
- ‘Ada Janji Yang Lebih Manis Daripada Manifesto,’ Nasihat Dr Zulkifli Buat Syed Saddiq
- ‘Jika Menyebabkan Masalah Dan Membahayakan, Haram Hukumnya Mencium Hajar Aswad’ – Dr Zulkifli
- Datuk Seri Amir Hamzah Dan Dr Zulkifli Hasan Dilantik Sebagai Senator
Nasihat Dr Zulkifli Mengenai Ziarah Kubur
“Kisah kubur Almarhum Nurly yang dikatakan berbau wangi mengingatkan kita tentang kemuliaan al-Quran.
“Arwah dikenali sebagai pecinta al-Quran. Sudah pasti beliau membaca, menghafaz dan mengamalkannya.

“Dalam kegembiraan dan keterujaan berkongsi berita seperti itu, janganlah kita membuka ruang fitnah atau menyebar sesuatu yang boleh menimbulkan sangka buruk.
“Elakkan dari melakukan hal-hal yang di luar adab dan adat kebiasaan kita ketika menziarahi kubur. Bapa Nurly juga telah mengingatkan orang ramai tentangnya,” tulisnya di Facebook.

Tali penghadang terpaksa dipasang di sekitar kubur Allahyarham Nurly Shahira bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Menurut perkongsian pengguna Facebook iaitu Ahmad Nazrul, terdapat segelintir individu yang menziarah telah melakukan perkara yang dianggap keterlaluan.

“Kawasan kubur arwah Nurly akan mula dipasang tali bermula petang ini (Sabtu), tiada sesiapa dibenarkan melintasi tali penghadang tersebut.
“Datang ziarah kubur itu cukuplah dengan berdoa, bukan ambil tanah kubur bawa balik sekali,” tulisnya.