Ketua jurulatih skuad kebangsaan Bahrain, Dragan Talajić melancarkan perang psikologi terhadap pasukan Indonesia menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara kedua-dua pasukan di Stadium Gelora Bung Karno.

Ketika sidang media sebelum perlawanan, Dragan merasa pelik dengan barisan pemain yang dimiliki oleh pasukan tuan rumah.

Baca Juga:

Dragan Talajić ‘Perli’ Indonesia

Dragan menegaskan beliau memantau perkembangan pasukan Indonesia dan terdapat satu perkara yang menurutnya pelik.

“Habibi, saya memantau dan menyaksikan banyak perlawanan Indonesia dan setiap kali mahu beraksi, mereka mempunyai dua pemain baharu tetapi pemainnya bukan dari Indonesia.

Dragan Talajić
Dragan Talajić. Sumber Gambar: Bola.com

“Mereka datang dari Belanda atau England. Anda mempunyai 300 juta lebih rakyat dan anda membawa pemain dari Belanda. Itu bagus, tetapi saya rasa kami terlalu menghormati mereka.

“Saya tidak peduli mengenai apa yang mereka persembahkan ketika menentang Australia kerana itu bukan gambaran sebenar pasukan lawan.

“Kami datang ke sini dengan penuh hormat dan percaya bahawa kami mampu untuk mencipta kemenangan,” kata Dragan Talajić.

Skuad Garuda berada dalam keadaan tertekan menjelang perlawanan menentang Bahrain selepas mereka dibelasah Australia dengan keputusan 5-1 pada aksi sebelum ini.

Dragan Talajić
Jackson Irvine. Sumber Gambar: Socceroos

Kekalahan ini nyata sukar diterima oleh penyokong Indonesia dimana mereka melancarkan tanda pagar yang mahukan Patrick Kluivert dipecat serta merta selepas kekalahan tempoh hari.

Ramai yang membandingkan keputusan ketika Indonesia dibimbing oleh Shin Tae-yong apabila mereka seri ketika bertemu dengan Australia di Gelora Bung Karno tahun lalu.

Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan tanpa jaringan dan skuad Garuda menampilkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding perlawanan tempoh hari.

Kekalahan ini turut menjadikan pasukan itu sebagai bahan jenaka terutamanya oleh peminat khususnya dari negara Asia Tenggara seperti Singapura.