Walaupun kebanyakan tempat sedang berada di bawah kawalan pergerakkan PKPD, namun ia tidak menghalang sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti kurang bermoral.

Terbaharu, dua orang remaja maut setelah motosikal yang dinaiki mereka berdua merempuh antara satu sama lain semasa dipercayai sedang berlumba di landasan Lapangan Terbang Lama Tawau pada petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua mangsa yang baru berusia 15 dan 16 tahun meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan disyaki terbabit dalam aktiviti lumba haram.

Beliau turut menyatakan pihaknya sedang giat mengesan pemilik sebenar salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan berikutan alamat pemilik berdaftar adalah di daerah Semporna.

Lebih mengejutkan lagi apabila salah seorang mangsa didapati positif COVID-19 setelah ujian saringan wabak tersebut telah dibuat.

“Bagaimanapun, sampel darah mereka telah diambil untuk dianalisa dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” terang Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Sementara itu, tiga orang lelaki disyaki penagih dadah sedang diburu oleh polis kerana lari dari kawasan PKPD.

Tular Video Tiga Lelaki Lari Dari Kawasan PKPD, Suspek Dipercayai Penagih Dadah

Masih Degil Lumba Haram, Polis Indonesia Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’

Sumber