‘Rakan dari syurga’, itulah ungkapan boleh diberikan kepada sekumpulan pemuda yang menghadiahkan sebuah Honda City kepada kawan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan TikTok @ilmamiqbal, beliau dan rakan-rakan yang lain telah mengumpul wang untuk membeli kereta tersebut untuk dihadikan kepada seorang kawan mereka yang sudah dua tahun berjalan kaki dan menaiki bas untuk pergi kerja.
Baca Juga:
- Reaksi Sultan Brunei Terima Hadiah Stereng F1 Daripada Anwar Ibrahim Curi Tumpuan Ramai
- Hargai Jasa Lahirkan Ramai Zuriat, Lelaki Ini Hadiahkan Isteri Ferrari RM1.2 Juta
- Hanya Bermodalkan RM6, Lelaki Ini Menang Hadiah Stok Coklat Setahun Buat Netizen Cemburu
@ilmamiqbal 2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas . Jadi kitaorang bincang kumpul duit ramai2 beli kereta sebiji untuk kau . Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni 🤲🏻
Hantaran video itu mendapat pujian daripada netizen. Ramai menyatakan lelaki tersebut beruntung mempunyai ‘sahabat dari syurga’ yang sudi menghadiahkan sebuah kereta Honda kepadanya.
Ramai yang terkejut dengan hadiah tersebut kerana mereka menjangkakan lelaki tersebut akan menerima sebuah motosikal, seperti kebanyakkan kisah-kisah yang tular di media sosial sebelum ini.



Dalam pada itu ada sebahagian pengguna TikTok wanita berasa kagum lihat persahabatan lelaki yang jauh lebih akrab dan erat berbanding mereka.
Orang ramai turut mendoakan agar persahabatan mereka semua kekal hingga ke akhir hayat.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.