Setiap rumah yang ditawarkan lebih-lebih lagi jenis pangsapuri atau flat mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh para penghuninya.
Tindakan mengubah suai kawasan kediaman sehingga mengakibatkan kesesusahan kepada orang awam menjadi antara perbuatan yang melanggar undang-undang. Ini termasuklah memasang gril besi di sekitar kediaman yang mana sudah dikira sebagai laluan awam di pangsapuri atau flat.
Baca Juga:
- ‘Rumah Flat, Selera Kondominium’ – Pondok Pemilik Rumah Terpaksa Dirobohkan Pihak Majlis
- Individu ‘Selfish’ Extend Rumah Flat Sehingga Kurung Meter Air Penduduk Undang Kemarahan Netizen
- Netizen Selar Tindakan Penduduk Flat Selamba Cop Parkir Guna Tong Sampah Dan Motosikal
Menerusi hantaran dimuat naik oleh pengguna Facebook Shanor Hijas, terdapat beberapa gambar yang memaparkan pintu gril besi yang dipasang sehingga menghalang laluan koridor di rumah terbabit. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah rumah flat di Wangsa Maju pada baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, dia mendakwa bahawa perkara juga mendatangkan kemarahan para pekerja p-hailing selepas terdapat luahan bertulis yang ‘pedas’ di dinding salah satu blok di rumah terbabit.

“Rasanya rider yang marah sangat ni. Rasanya lah. Bayangkan kalau dia naik di blok kanan, rupanya barang yang nak hantar tu di blok kiri.
“Dia kena naik sampai ke tingkat lima, baru boleh ke blok kiri. Tak ke susahkan orang tu,” tulisnya.
Tambahnya, ia bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi membahayakan keselamatan terutamanya jika berlaku kebakaran.
“Itu hantar barang, kalau berlaku kebakaran lagi lah,” dakwanya.
Dalam masa sama, pengguna akaun Facebook Raj Kumar Karuppiah turut meluahkan keprihatinannya dan menyeru agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap sikap penghuni yang memasang pagar dan menutupnya sehingga menjejaskan laluan orang lain.
“Saya ingin menyampaikan ini kepada pihak DBKL tentang apa yang berlaku di flat di Wangsa Maju itu.
“Bagaimana penduduk boleh menutup koridor jalan dengan gril? Ini tidak adil dan menyusahkan orang lain,” tulisnya yang prihatin dengan kepentingan penduduk dan juga orang awam di sini.

Namun, ada juga yang mencadangkan agar perkara tersebut dapat diatasi dengan melibatkan campur tangan pihak bomba kerana dilihat lebih efektif.