Apabila mendiami rumah yang dilengkapi dengan fasiliti pengawal, sudah semestinya menjadi harapan buat para pemilik untuk mempunyai keselamatan terhadap harta benda dan kediaman.
Bagaimanapun, jangkaan meleset buat pemilik di sebuah kondominium di Southville,Bangi apabila kereta yang disimpan di dalam kawasan parkir tertutup yang lengkap dengan sekuriti masih dipecah masuk.
Di dalam video itu, dia memperlihatkan keadaan kereta miliknya yang mana empat buah sport rim bersama brek kaliper jenama Brembo yang didakwa berlaku sewaktu kejadian pertama pada bulan Disember 2024 tahun lalu.
Kemudian, kejadian kedua yang berlaku pada 13 April 2025 itu dan juga beberapa perkakasan enjin serta muffler telah diambil dengan mudahnya oleh pencuri sekaligus meluahkan kekecewaannya kerana pihak pengurusan kondominium tidak mengambil inisiatif termasuklah ketiadaan pemasangan kamera litar tertutup untuk pengawasan selain mengharapkan pengawal semata-mata.
Sambungan menerusi video yang sama, kereta milik keluarga itu sekali lagi telah dipecah masuk yang mana mendorong kepada kecurian barangan bahagian dalam pula.
Kejadian yang selang dua hari kemudian itu memperlihatkan pintu keretanya telah dikopek oleh suspek kemudian dipercayai dua kerusi jenama mewah telah diambil. Tidak sekadar itu, spoiler juga dikatakan telah diambil sekali pada siri kecurian kali ini.
Timbul persoalan dari mangsa, bagaimana ruang parkir yang berada di bawah pengawasan pengawal keselamatan serta hanya boleh diakses menggunakan kad khas boleh dimasuki sewenang-wenangnya oleh pencuri terbabit.
Macam mana duduk condo ada security guard semua tapi barang kereta habis kene rembat
Brembo & sport rim hilang , cover seat ori lesap dah la kereta untuk show je 🤦🏻♂️. Gini boleh saman ke eh ?
🎥imfarhana pic.twitter.com/lx8mCRT0yL
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) April 16, 2025
Video yang tular itu langsung menjadi perhatian dan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung fenomena kecurian berulang kali di kawasan kondominium terbabit.
Sebahagian berpendapat jika kalau perbuatan khianat ini boleh terjadi kerana adanya kaitan dengan orang dalam sendiri yang berkomplot dalam mendapatkan akses kepada ruangan parkir tersebut.
Yang lain pula merasakan mungkin pengimplementasian sekuriti yang sedia ada adalah pada tahap yang lemah sekaligus boleh diakses sewenang-wenangnya buat penjenayah yang panjang akal.