Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Mungkin itulah pepatah yang sesuai buat dua kanak-kanak dari Klang ini yang berjaya mendapatkan joran baru hanya dengan melakukan sistem barter.
Kejadian sistem barter itu dikongsikan sendiri oleh pemilik kedai peralatan memancing DRAVE, Roob Ganesan pada minggu lalu seperti dilaporkan portal MalayMail dan Says.
Habis lunch tadi, staff call. "Boss, ada budak gemuk nie cari boss". Jem kejab, siapa pulak cari aku nie. Sampai opis, ada budak budak nie nak beli rod, rod lama dia patah. pic.twitter.com/YHKxlwuJTC
— Roob Ganesan (@RoobGanesan) July 14, 2020
Menurut pemilik kedai peralatan memancing itu, kejadian tersebut bermula apabila dia dimaklumkan pekerjanya yang dua kanak-kanak tersebut sedang mencarinya untuk membeli rod joran yang baru di kedai mereka.
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila kedua-duanya difahamkan tidak mempunyai wang untuk menggantikan rod mereka yang telah patah dan hanya membawa ikan haruan untuk melakukan sistem barter dengannya.
“Duit tak ada dia cakap, haruan dia ada la.
“First time aku jual barang dengan ikan haruan, hahahahaha,” kongsi Roob di Twitter-nya.

Walaupun tindakan kanak-kanak tersebut mencuit hatinya namun Roob berkata kerana mereka tidak mencuri untuk mendapatkan sesuatu maka dia memutuskan untuk memberikan joran tersebut kepada mereka.
Malah dia juga sempat berseloroh bersama pengikutnya memaklumkan sesiapa yang mahukan ikan haruan yang diperolehinya melalui sistem barter itu untuk berjumpa dengannya.
Tapi pasal dia tak mencuri dan die berkerja utk mendapatkan haruan. Aku kasi je la.
Note: ada yg mencari ikan haruan saiz 300 gram tak?#fishingisawayoflife #givewhileyoucan #supportyoungminds pic.twitter.com/kTu5nHv9H2
— Roob Ganesan (@RoobGanesan) July 14, 2020
Perkongsian Roob mengenai usaha dua kanak-kanak itu melakukan sistem barter dengannya telah mendapat lebih 7,000 retweet dengan rata-rata netizen turut memuji tindakan mereka.
“Bagus budak ni bukan macam budak dekat Twitter, nak barang guna retweet,” komen salah seorang netizen di hantaran tersebut.
Baca juga perkongsian kami mengenai telatah wartawan ini yang berjaya buat netizen tergelak dengan caranya melaporkan berita sebelum ini di pautan di bawah.
‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak
Digelar Sebagai ‘Miloman’, Lelaki Ini Merupakan Pengumpul Barangan Keluaran Milo Seawal 1950