Umum mengetahui taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak telah ditutup secara rasmi pada Januari tahun 2020 dan sebelum ini, pernah juga tular video keadaan taman tema tersebut yang terbiar.
Menerusi Twitter @PerakPress, sekeping gambar menunjukkan kereta model ‘rare’ yang pernah menjadi kebanggaan di MAPS untuk pertunjukan dilihat turut dibiarkan terbiar sejak penutupan taman tema terbabit.
Baca Juga:
- Selepas 2 Tahun Ditutup Dan Terbengkalai, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Yang Menyedihkan
- Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih
- Hanya Beroperasi Selama 3 Tahun, MAPS Akhirnya Ditutup
#Ipoh Sayangnyee..keta legend ni dibiar dalam MAPS je..dulu letup2 beraksi. pic.twitter.com/En8edwqN6w
— Perak Press (@PerakPress) October 31, 2022
Untuk pengetahuan anda, ketika taman tema MAPS masih dibuka, stunt show menampilkan beberapa unit Nissan Skyline GT-R R34 dan Volkswagen Beetle yang memang menjadi tarikan utama di taman tema ini.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut berkongsi kenangan mereka menyaksikan persembahan kereta-kereta ini satu ketika dahulu.
gtt pun boleh la janji r34🥺 https://t.co/y8pJFhmY9u
— – (@dnielnmm) October 31, 2022
Kalau tak silap, saya ada sembang arkitek under pknp, project asal nak buat something like water world tapi ada beberapa pihak tolak sebab perak dah ada lost world, ni kononnya nak buat macam universal studio lah pulak tu yang terjadinya maps, maps ni pulak mahal bruh…
— ∆ngel (@farahimakbar) October 31, 2022
Mereka tengah bersembang, agaknya bila mereka akan bersiar-siar dengan aksi atau mereka akan reput buat selamanya hingga terlupus
— daussy (@FirdausyShukri) October 31, 2022
Ada juga netizen yang baru tahu penutupan taman tema ini walaupun sudah 2 tahun tidak beroperasi. Malah, segelintir netizen berpendapat bahawa sayang dibiarkan kereta tersebut terbengkalai di situ.