Nak melawak biarlah kena dengan tempat serta lingkungan umur yang sebaya.
Bagaimanapun, sebahagian Gen Z sepertinya sudah terbiasa melakukan jenaka tanpa memikirkan adab untuk dijadikan sebagai konten di media sosial.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik semula di platform X yang mana memperlihatkan gelagat sekumpulan gadis muda sedang berjenaka dengan pekerja valet yang dipercayai di pusat membeli belah Four Season, Kuala Lumpur.
Di dalam video itu, seorang gadis muda dengan sengaja mengajuk nama pekerja terbabit yang kebetulan bernama Kannan lalu menyebut arah kiri dan kanan kemudian mengajuk beberapa soalan berkaitan kiri seumpama benar-benar wujud.
Di latarbelakang kedengaran bunyi gelak tawa yang cukup kuat sewaktu aksi itu dilakukan dan dirakam oleh kumpulan itu.
Mak bapak kau memang tak ajar adab ke dik?
Biadab gila duk main-main nama orang gitu. Pangkat-pangkat ayah kau dah tu. pic.twitter.com/yAZsOTCqhR
— Amran Fans (@_AmranFans) March 20, 2025
Walaupun pada dasarnya ia dianggap sebagai gurauan, tetap netizen merasakan tindakan gadis berkenaan sudah keterlaluan susulan bermain dengan nama seseorang apatah lagi ia lebih berusia daripada mereka dan mungkin sudah sebaya bapa kita.


Ramai meluahkan rasa bengang sebaik melihat video itu kerana ia perbuatan yang tidak bermoral dan melambangkan keperibadian anak muda zaman sekarang sudah berada di tahap yang kritikal.
Dalam pada itu, ada yang mendedahkan jika kalau nama itu di dalam bahasa tamil memberi maksud yang bagus, lantaran itu tidak sepatutnya dipermainkan kerana sudah dikira sebagai penghinaan.