Animasi Ejen Ali telah berjaya menjadi fenomena di seluruh dunia sekaligus berjaya tercalon di dalam pelbagai anugerah berprestij yang diadakan. Dengan penghasilan cerita yang menyeronokkan serta animasi yang gempak, syarikat animasi tempatan berjaya menjulang nama Malaysia dipersada antarabangsa.

Bersempena dengan Asian TV Award kali ke-27 pada 8 Disember lalu, Ejen Ali Season 3 telah berjaya memenangi kategori Best 3D Animated Programme. Kerjasama antara WAU Animation, Primeworks Studios dan juga Disney+ Hotstar kini berupaya membawa Ejen Ali ke tahap yang membanggangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

Siri Ejen Ali sudah menjadi bualan internet sejak sekian lama kerana hasil animasinya yang cukup hebat setaraf filem-filem animasi keluaran Walt Disney dan Pixar Animation Studios. Malah, animasi Ejen Ali pada ketika ini sudah dialihkan suara untuk menembusi sejumlah pasaran di luar sana.

Kejayaan yang dikecapi ini bukanlah mudah seperti yang disangkakan kerana pihak produksi sendiri telah bertungkus-lumus melakukan tugasan secara remotely di rumah dan berkomunikasi menerusi Google Meet, Zoom dan Discord sahaja.

Anda boleh tonton trailer Ejen Ali Musim Ketiga menerusi video yang disediakan di atas. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam pembikinan animasi Ejen Ali kerana mampu memenangi anugerah berprestij di Asian TV Awards pada kali ini.