Terima kasih, Ejens! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan sukacitanya berkongsi intel gempar dari M.A.T.A HQ – Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) telah menerima sokongan luar biasa dengan 1 juta ejen sudah melaporkan diri ke pawagam dalam tempoh empat hari pertama “operasi!”.

Kutipan awal EATM2 telah meraih sebanyak RM15.3 juta, satu permulaan yang memberangsangkan untuk filem aksi animasi ini, dan ia membuktikan bahawa wira tempatan ini masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia!

Ejen Ali The Movie 2 Berjaya Kutip RM15.3 Juta Dalam 4 Hari
Sumber Gambar: Primeworks Studio

EATM2 turut mencatat sejarah sebagai pembukaan tayangan animasi tempatan yang terbesar ketika tayangan rasmi bermula di 161 lokasi pawagam serentak di seluruh Malaysia dan Brunei pada 22 Mei lalu.

Sambutan hangat ini membuktikan keterujaan penonton yang tidak sabar menyaksikan kepulangan Ejen Ali di layar perak, dan tayangan dijangka akan terus mencatat angka yang lebih tinggi apabila musim cuti sekolah bermula pada 29 Mei.

Ketika ini, tiket sedang terjual dengan pantas di pelbagai lokasi, dengan beberapa pawagam mula menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan penonton.

En. Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM2 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation berkata, “Alhamdulillah, sejak sesi Fans Screening sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa.

Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton. Semua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali yang akan datang.”

Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios turut menyeru lebih ramai penonton untuk terus memenuhi pawagam, khususnya menjelang cuti sekolah yang semakin hampir, “Kami mengalu-alukan sokongan semua ejens untuk terus membanjiri pawagam dan menyemarakkan lagi semangat terhadap karya tempatan.

Datang dan bawalah keluarga serta anak-anak ke pawagam kerana Ejen Ali The Movie 2 sememangnya hiburan yang membawa mesej penting dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Pada masa yang masa, kami juga mohon kerjasama agar penonton tidak mendedahkan sebarang spoiler bagi memastikan setiap orang dapat menikmati pengalaman penuh tanpa gangguan atau pendedahan awal.”

Jangan tunggu saat akhir! Tempah tiket sekarang dan jadi sebahagian daripada fenomena Ejen Ali yang sedang menggegarkan pawagam seluruh Malaysia!

Satria, Bangkit – Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios Film.

Gunakan #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk kongsikan pengalaman anda dan hangatkan lagi perbualan di media sosial!