Sebagai penganut agama Islam, kita sudah diajar untuk menjaga adab ketika berada di kawasan kubur. Ini termasuklah menjaga pertuturan bahasa dan juga perlakuan seperti tidak boleh melangkah kubur si mati.
Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan biadab dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan yang tidak dinyatakan lokasinya sekaligus mengundang kecaman netizen.
Kau punya bodoh pun boleh tahan gemok jugak ek. pic.twitter.com/tyYY8YsutQ
— Amran Fans (@_AmranFans) May 25, 2024
Selepas dikecam teruk, seorang wanita telah tampil memberi penjelasan mengenai video berkenaan dalam sebuah video TikTok.
Menurut @keknanjudge atau lebih mesra disapa sebagai Kek Nan, video tersebut adalah untuk tujuan marketing semata-mata bagi sebuah filem pendek yang berada dalam pembikinannya ketika ini.
Tambah Kek Nan, kubur tersebut adalah kubur palsu yang dibina sebagai prop untuk filem pendeknya yang bertema seram.
“Saya ingin buat penjelasan mengenai video saya yang baru tular tentang saya dan rakan saya langkah kubur.
“Pertama sekali, kubur itu kubur fake. Kenapa fake? Sebab sebenarnya kita sedang shooting di mana jalan ceritanya adalah mengenai dua orang kawan yang tidak percaya syaitan dan cuba untuk ‘bangkitkan’ jin.
“Minta maaf saya tidak boleh hendak reveal nama production mana yang terlibat.
“Cuma saya tahu ini tanggungjawab saya sendiri, saya post untuk tujuan marketing supaya orang akan tengok short film kita,” jelasnya di dalam video itu.
Kek Nan menjelaskan, ini bukanlah kali pertama dia membuat filem dengan tema seram kerana dia sudah banyak kali membuat video pendek untuk dimuat naik ke laman YouTube.
“Jadi untuk short film ini, kita buat kubur baru, dalam itu tidak ada orang. Tanah itu pun tanah lapang dan kita korek tanah, letak papan sebagai batu nisan supaya nampak macam kubur. Ini hanyalah untuk shooting semata-mata,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Kek Nan turut memohon maaf atas postingnya sebelum ini yang mungkin telah mengundang salah faham pelbagai pihak terhadap staf-stafnya.
“Benar, benda yang saya post itu mengundang fitnah, orang fikir kubur siapa pula yang dilangkah itu. Jangan risau, tidak ada orang pun dalam kubur itu. Kami masih tahu adab, tidaklah sampai hendak langkah kubur yang bertuan.
“Kepada masyarakat di sekitar tanah pekuburan yang kami shooting itu, saya juga ingin minta maaf sebab kami tidak ada niat untuk bersifat kurang ajar di tanah perkuburan tersebut.
“Cuma, kami jamin kubur itu hanyalah buatan semata-mata dan bukannya kubur manusia,” jelasnya.
@keknanjudge penjelasan saya tentang langkah kubur #keknanjudge #keknantakrilek #langkahkubur
Walaupun sudah diberi penjelasan, netizen kelihatan seperti masih tidak berpuas hati dengan tindakan kurang ajar itu dan menasihati mereka untuk tidak memuat naik video sedemikian yang boleh menimbulkan fitnah.