Setelah kecoh di media sosial dengan poster rasmi sambutan kemerdekaan yang dipaparkan disediakan oleh sebuah balai polis baru-baru ini, kini syarikat pengiklanan yang terbabit dalam pembikinan tampil memohon maaf untuk meredakan keadaan.

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook, syarikat WOW Media Sdn Bhd, mereka menyedari akan kesalahan pada visual ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Daerah Brickfields yang dipaparkan di Sri Hartamas.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, mereka telah memadam visual tersebut daripada tatapan awam.

“Kami ingin memaklumkan isu yang berlaku dengan visual “Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields” yang dipaparkan pada skrin di Sri Hartamas.

“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan segera memadam visual itu,” tulisnya di hantaran.

Dalam masa sama, syarikat terbabit bakal menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa berulang lagi pada masa kelak.

Ekoran Ralat Papar Visual Menara Petronas 'Kembar 3', Syarikat Pengiklanan Minta Maaf
Sumber Gambar: FB

Terdahulu, tular satu visual poster rasmi sambutan kemerdekaan hasil janaan AI yang meraih perhatian ramai apabila terdapat imej menara petronas dengan kembar ‘ketiganya’ yang sekaligus hilang identiti sebenar menara tersebut.

Susulan itu, orang ramai mula mempersoalkan integriti syarikat terbabit yang gagal menyemak terlebih dahulu hasil poster yang digunakan oleh badan rasmi tersebut.

Ekoran Ralat Papar Visual Menara Petronas 'Kembar 3', Syarikat Pengiklanan Minta Maaf
Sumber Gambar: FB

Sementara pihak Polis Brickfields dalam satu hantaran di media sosial turut memaklumkan pihak mereka telah meminta syarikat berkenaan untuk menurunkan iklan terbabit serta-merta.