Presiden China, Xi Jinping, dijadualkan mengadakan lawatan negara ke Malaysia dari 15 hingga 17 April 2025.Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri kunjungan beliau ke Asia Tenggara, termasuk Vietnam dan Kemboja.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China, terutamanya dalam bidang perdagangan dan kerjasama strategik serantau.

Baca Juga:

Sehubungan itu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan penutupan penuh serta lencongan jalan sempena pada sepanjang tempoh berkenaan.

Presiden China Lawat Malaysia, Elak Guna 17 Jalan Ini Sementara Waktu
Sumber Gambar: Facebook Polis DiRaja Malaysia
17 laluan terlibat untuk beri laluan delagasi Presiden China

Sepanjang 17 laluan akan terlibat. Penutupan serta lencongan jalan tersebut akan dibuat lebih kurang 30 hingga 40 minit bagi memberi laluan kepada delegasi melalui laluan yang dinyatakan.

Laluan akan dibuka semula selepas delegasi melalui jalan-jalan berkenaan:

15 April 2025 (Selasa), jam 6 petang

Lebuh KLIA/Lebuhraya ELITE/Lingkaran Putrajaya/Lebuhraya Putrajaya-Dengkil/Persiaran Selatan/Lebuh Gemilang/Jalan P5.

16 April 2025 (Rabu), jam 9.30 pagi

Jalan P5/Lebuh Gemilang/Persiaran Selatan/Lebuhraya Putrajaya-Dengkil/Lingkaran Putrajaya/Lebuhraya MEX/Lebuhraya KESAS/Lebuhraya SPE/Lebuhraya SUKE/Lebuhraya NPE/Smart Tunne;/Lebuhraya KL-Seremban/Jalan Istana/Jalan Damansara/Jalan Sultan Abdul Halim/Jalan Sultan Iskandar.

16 April 2025 (Rabu), jam 12.30 tengah hari

Jalan Sultan Abdul Halim/Jalan Sultan Iskandar/Jalan Damansara/Jalan Istana/Lebuhraya KL-Seremban/Lebuhraya NPE/Lebuhraya SUKE/Lebuhraya SPE/Lebuhraya KESAS/ Lebuhraya MEX/Lingkaran Putrajaya/Lebuhraya Putrajaya-Dengkil/Persiaran Selatan/Lebuh Gemilang/Jalan P5.

Presiden China Lawat Malaysia, Elak Guna 17 Jalan Ini Sementara Waktu
Sumber Gambar: Facebook Polis DiRaja Malaysia
16 April 2025 (Rabu), jam 4.10 petang

Jalan P5/Lebuh Gemilang/Jalan Tunku Abdul Rahman/ Lebuh Sentosa/Lebuh Perdana Barat/Persiaran Seri Perdana.

16 April 2025 (Rabu), jam 6.30 petang

Persiaran Seri Perdana/Lebuh Perdana Barat/Lebuh Sentosa/Jalan Tunku Abdul Rahman/Lebuh Gemilang/Jalan P5.

17 April 2025 (Khamis), jam 8.50 pagi

Jalan P5/Lebuh Gemilang/Persiaran Selatan/Lebuhraya Putrajaya-Dengkil/Lingkaran Putrajaya/Lebuhraya ELITE/Lebuh KLIA.

Presiden China Lawat Malaysia, Elak Guna 17 Jalan Ini Sementara Waktu
Sumber Gambar: Facebook Polis DiRaja Malaysia

Memetik kenyataan yang dikeluarkan, JSPT menyeru kepada semua pengguna jalan raya mengelak laluan-laluan yang terlibat sepanjang tempoh berkenaan bagi kelancaran.

Orang ramai turut diminta merancang semula pergerakan serta mematuhi arahan-arahan semasa petugas berada di lapangan sempena kehadiran delegasi Presiden China.

Sumber