Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi nasihat kepada mana-mana pasangan agar tidak menyebarkan aib serta kekurangan selepas berlaku perpisahan.
Menerusi satu perkongsian di laman X miliknya, Dr Zulkifli mengatakan Islam mengajarkan umatnya untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
Baca Juga:
- ‘Fattah Curang, Bawa Wanita Lain Naik Kereta’ – Fazura Kongsi Tiga Sebab Bercerai
- Fattah Cerai Fazura Talak Satu
- Ini Sebab Dr. Zulkifli ‘Terpaksa’ Memilih Perkhidmatan Starlink Berbanding Syarikat ISP Di Malaysia
𝐃𝐢𝐥𝐞𝐦𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚: 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚, 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚
Kata pujangga Arab:
فَكُلُّ مَا قَدَّرَ الرَّحمَنُ مَفعُولُ
Maka setiap yang telah ditakdirkan oleh… pic.twitter.com/PW5xFsj9qq— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 7, 2024
“Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujudnya badai dan ombak yang kadang-kala menguji kekuatan sesebuah hubungan. Setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran ini.
“Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.
“Jika perpisahan itu tidak dapat dielakkan, Islam mengajar kita untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan.
“Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.
“Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam,” tulis bekas mufti itu.
Masyarakat sedang rancak membincangkan mengenai tentang perkahwinan yang terbina selama tujuh tahun oleh pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura yang berakhir apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, baru-baru ini.
Fattah dan Fazura saling berbalas kenyataan selepas proses perceraian mereka selesai dan perkara ini menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat.
Tidak lama kemudian, seorang lagi selebriti popular iaitu Emma Maembong turut mengumumkan perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar.