Bagi memudahkan para pekerja berpindah ke lokasi kerja baharu, elaun mobiliti sehingga RM1,000 akan diperkenalkan kelak.
Perkara itu diberitahu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kepada Astro Awani.
Baca Juga:
- Netizen Terkejut Pelajar Universiti Dedah Terima Elaun RM10,000 Sebulan Dari Ibu Bapa
- Belanjawan 2025: Elaun ‘On Call’ Pegawai Perubatan, Pergigian Dinaikkan
- Pegawai Bank Di Semenanjung Malaysia Bakal Naik Gaji 9%, Dapat Pelbagai Elaun Tambahan
Menurutnya, ia merupakan antara penambahbaikan kepada skim untuk pekerja yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai.
“Seperkara yang baru di perkenalkan juga ialah elaun mobiliti, yang mana jika seseorang hilang pekerjaan mereka akan dapat elaun cari kerja dan elaun latihan.
“Tetapi jika mereka dapat pekerjaan di lokasi yang jauh, mereka akan dapat elaun khas sehingga RM1,000 untuk bantu mereka berpindah.
“Contohnya, berpindah daripada luar Lembah Klang ke dalam Lembah Klang, atau dari Sabah ke Semenanjung Malaysia. Ini satu penambahbaikan yang baru diluluskan.
“Saya akan bawa penambahbaikan ini dalam satu Rang Undang-undang di Parlimen. Saya juga telah minta kepada semua ahli-ahli parlimen untuk sokong,” jelasnya.