Seorang wanita terkejut apabila telefon pintar miliknya masih boleh berfungsi walaupun sudah 24 jam terbenam dalam air banjir.

Menerusi hantaran TikTok @jkbunny971 telefon pintar jenis Honor X9c hilang selama hampir 24 jam apabila berlaku musibah banjir.

Baca Juga:

Difahamkan banjir yang membadai kawasan perumahannya itu setinggi paras bumbung rumah.

@jkbunny971

Salam @honormalaysia nak dijadikan cerita semalam phone ni jatuh dalam banjir almost 24 hours. and today baru jumpaaa, tadaaaa and still alive. mantap dohh.. korang please beli model #x9c ni… pssttt,, tak dapat sponser barang rumah kee since banjir paras bumbung, barang totally semua rosak 🤣

♬ original sound – raa. – raa.

Semasa wanita itu temui telefon pintar tersebut, bahagian luarannya kotor diselaputi dengan selut banjir.

Apabila wanita itu menekan butang on, telefon pintar itu kembali menyala, menunjukkan notifikasi yang terkumpul sejak hampir 24 jam lalu.

Video pendek itu bukan sahaja mengejutkan pemilik telefon pintar itu sendiri, warganet turut terkejut melihatnya.

Ini kerana banjir setinggi bumbung rumah itu telah merosakkan hampir semua benda di dalam rumah wanita tersebut.

Ramai mengakui telefon pintar itu sememangnya tahan lasak yang sangat luar biasa.

Wanita Kagum Telefon Ini Masih Boleh 'On' Walau Hampir 24 Jam Terbenam Banjir
Sumber Gambar: TikTok @jkbunny971
Wanita Kagum Telefon Ini Masih Boleh 'On' Walau Hampir 24 Jam Terbenam Banjir
Sumber Gambar: TikTok @jkbunny971
Wanita Kagum Telefon Ini Masih Boleh 'On' Walau Hampir 24 Jam Terbenam Banjir
Sumber Gambar: TikTok @jkbunny971
Wanita Kagum Telefon Ini Masih Boleh 'On' Walau Hampir 24 Jam Terbenam Banjir
Sumber Gambar: TikTok @jkbunny971

Warganet yang turut mengakui telefon tersebut tahan lasak, sesuai digunakan bagi mereka yang ‘lasak’, atau mempunyai anak kecil.

Netizen juga tidak menolak oleh kerana penarafan IP65 sebagai perlindungan kepada telefon pintar itu membolehkannya ‘bertahan’ dalam situasi banjir baru-baru ini.