Ellie Suriaty kesal Imran Bard telah merosakkan nama baiknya serta reputasinya menerusi konten di TikTok.
Ellie Suriaty tuntut ibu bapa Imran Bard, membuat permohonan maaf bagi pihak anak mereka itu.
Ellie Suriaty sangat kecewa dengan konten terbaru pempengaruh itu yang dianggap mempersendakan dia dan keluarganya.
Ellie Suriaty tidak berpuas hati kerana tindakan Imran Bard itu telah mencalarkan imejnya di mata masyarakat.
@iimeringue
Ellie Suriaty kesal Imran Bard calarkan imejnya
Bercakap kepada wartawan, Ellie Suriaty berpendapat Imran Bard dalam keadaan sengaja menjadikannya bahan jenaka.
Dipetik daripada Harian Metro, Ellie menambah: “Apabila seseorang biadap, tak faham adab, saya nak bercakap dengan ibu bapa dia pasal adab.
“Kalau dia datang minta maaf tak ikhlas, bukan itu saya hargai. Saya mahu ibu bapa dia, ibu bapa anak dari ‘heaven’, datang minta maaf dengan saya.

Seterusnya, Ellie Suriaty kesal Imran Bard tergamak membuat video yang dianggap tidak sensitif.
Lalu Ellie Suriaty nekad tidak menghalalkan sesen pun wang yang dijana daripada video tersebut kerana menggunakan namanya.
“Apa saja yang dia buat atas nama saya, demi Allah, saya tak izinkan, tak reda. Apa saja rezeki dia dapat guna nama saya untuk popular, dapat rezeki, tawaran, saya tak reda,” kata Ellie.
Ellie Suriaty kesal Imran Bard melakukan perbuatan yang dianggap fitnah, jahat, tidak masuk akal dan tidak berasas, tidak beretika serta mencalarkan maruahnya.
Selain itu pelakon wanita bertaraf legenda itu juga terkilan dengan konten pempengaruh tersebut yang bermain dengan isu kesihatan mental dengan menyentuh ‘anxiety’.
Ellie Suriaty sudah membuat laporan polis ke atas Imran Bard di Balai Polis Hulu Kelang pada Ahad lalu. Dia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas ini.
Buat masa ini Ellie masih menunggu permohonan maaf daripada ibu bapa Imran Bard.
Konten Imran Bard rosakkan nama dan jenama Ellie Suriaty
Ellie Suriaty kesal Imran Bard menghasilkan konten yang merosakkan legasi yang dia bini selama ini.
Dan tidak menolak untuk mempertimbangkan tindakan menyaman pempengaruh tersebut. Kerana menurutnya, konten Imran Bard itu memberikan impak yang teruk kepada imej dan jenama yang diwakilinya.
Terutama sekali Imran Bard mempersendakan namanya dengan perkataan ‘kacip’.
“Dia menyentuh pasal kesihatan mental. Ia diperbual dalam komen sehingga saya dituduh ambil barang terlarang. Saya bukan penagih dadah.
“Cuba cakap berapa nilai kalau saya nak saman pun dengan jenama dibina selama ini? Adakah nilai itu nanti akan memadai dengan reputasi saya yang sudah dihina dan kemusnahan berlaku?” kata Ellie lagi.
Influencer Imran Bard Minta Maaf Konten Berunsurkan Budaya Songsang
Pelakon itu akui agak tertekan secara emosi. Dan turut memberikan impak kepada keluarganya, terutama sekali anak anaknya. Ellie mendedahkan dia sudah tidak dapat tidur sejak berhari hari yang lalu.
Selain daripada anaknya juga hilang motivasi untuk ke sekolah kerana tekanan.
Seterusnya Ellie Suriaty mempersoalkan: “Imran Bard ini siapa? Awak rasa awak sangat terkenal ke? Saya tidak kenal kamu.”
Ellie meminta Imran Bard membuat konten yang lebih bermanfaat daripada konten yang dianggap berniat jahat itu.
Imran Bard membuat beberapa siri konten membahan menggunakan nama nama tokoh dan selebiriti terkenal termasuk, Datuk Fauziah Nawi, Wan Maimunah, Zulin Aziz, Mas Idayu dan ramai lagi.