Ellie Suriaty mahu menziarahi ibu Imran Bard yang sedang sakit dan dirawat di wad hospital.

Ellie Suriaty pada masa yang sama masih menuntut ibu bapa kepada influencer itu meminta maaf di atas kelakuan anak mereka.

Kerana menurutnya, video permohonan maaf Imran Bard adalah nampak tidak ikhlas serta agak sinis.

Semalam Imran Bard memberikan respon kepada permintaan Elly Suriaty yang mahu berjumpa dengan ibu bapanya. Dan menuntut mereka meminta maaf.

Ianya selepas Imran Bard dituduh oleh Ellie Suriaty sebagai membuat konten yang mengaibkan namanya. Ini termasuk mengaitkan namanya dengan pengambilan barang terlarang.

Ellie Suriaty kesal Imran Bard

Imran Bard dalam videonya menuyatakan dia tidak membuat konten yang sensitif. Sebaliknya ada beberapa lagi artis veteran yang dia minat turut dimasukkan di dalam sketsa parodinya.

Selain itu, Imran Bard menambah: “Ibu saya sedang sakit, dirawat di wad dan dimasukkan air. Jadi dia tak dapat untuk minta maaf.”

Kemudian Imran Bard sendiri menyatakan: “Maafkan saya mak cik.”

imran bard balas ellie suriaty

Hari ini Ellie Suriaty akui sudah melihat video permohonan maaf Imran Bard. Dan dia mahu melawat ibu Imran Bard yang sakit.

Ellie Suriaty mahu menziarahi ibu Imran Bard yang sakit

“Ibunya ada di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Apabila seseorang itu sakit adalah elok untuk kita ziarah,” tegas pelakon veteran itu.

Walaupun Ellie Suriaty mahu menziarahi ibu Imran Bard untuk memberikan sokongan kepada ibunya yang tengah sakit, namun pelakon bertaraf legenda itu tetap mahu meminta permohonan maaf daripada ibu bapa Imran Bard.

Dipetik dari sumber mStar, Dia menambah: “Saya tetap menuntut ibu bapanya mohon maaf. Saya tak harapkan permhonan maaf daripada dia [Imran Bard]. Video itu nampak macam tak ikhlas.”

Imran Bard Balas Kenyataan Ellie Suriaty: ‘Minta Maaf Mak Cik’

Akhir sekali Ellie Suriaty tidak rasa video itu perkara yang menghiburkan atau parodi sekadar hiburan.

“Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna tema parodi jika tak faham maksudnya.

“Orang kutuk dan maki saya [kerana dianggap terlalu sensitif], namun mereka tidak berada di dalam situasi saya.

influencer imran bard
Foto: IG Imran Bard

“Sekarang cuba bayangkan ibu bapa kamu pula diperlakukan sebegitu,” tuntas Ellie Suriaty yang mahu menziarahi sendiri ibu Imran Bard sselepas ini untuk menyelesaikan perkara ini.