Tonggak utama SS Lazio, Mario Gila dikatakan berada dalam radar Paris Saint-Germain (PSG) dalam usaha kedua-dua pasukan untuk memantapkan jentera serangan masing-masing.
Pertahanan kelahiran Barcelona itu memainkan peranan penting dalam mengemudi barisan pertahanan pasukan dalam saingan Serie A itu.

Berusia 24 tahun, Gila telah membuat 43 penampilan bersama SS Lazio pada musim lalu dalam semua pertandingan (Serie A, Europa League & Italy Cup) disertai kelab tersebut.
Menurut sumber laporan Goal, PSG yang baharu sahaja muncul juara UEFA Champions League (UCL) dilihat sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Gila.
Luis Enrique merasakan jentera pertahanan merupakan unit paling lemah dalam skuadnya dan perlukan penambahbaikan dengan kehadiran Gila.
Mario Gila Calon Terbaik Buat Enrique
Sudah memiliki Marquinhos dan Willian Pacho di posisi pertahanan tengah dengan Lucas Hernandez, Presnel Kimpembe dan Lucas Beraldo sebagai pengganti sekiranya dua tonggak tersebut tidak dapat digunakan, Enrique jelas masih belum berpuas hati dengan pilihan dimilikinya.
Sehubungan dengan itu, Gila dilihat calon terbaik untuk memperkuatkan posisi tersebut buat PSG dan Enrique.

Harga yang diletakkan Lazio juga tidaklah terlalu tinggi apabila beliau bernilai £34 juta selepas kelab tersebut merekrut Gila dengan harga £5 juta pada 12 Julai 2022.
Selain PSG, dua kelab dari English Premier League (EPL) turut berminat untuk mendapatkan khidmat Mario Gila iaitu Chelsea dan Bournemouth.