Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dilaporkan telah memberi amaran kepada Malaysia tentang risiko terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing.

Hal ini susulan memuktamadkan semakan pelaksanaan 5G yang membenarkan Huawei terlibat dalam pembangunan infrastruktur 5G.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Financial Times, EU dan AS sudah menulis surat kepada kerajaan pada April selepas ia memutuskan untuk mengkaji semula keputusan pemberian tender bernilai RM11 bilion kepada Ericsson bagi pembangunan rangkaian 5G.

Sumber Gambar: Financial Times

Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters mendakwa “risiko keselamatan negara”, melainkan kerajaan kekal dengan rancangan asalnya untuk penggunaan 5G.

Sementara itu, ketua delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata sebarang perubahan pemberian tender tersebut mungkin akan memberi kesan negatif yang ketara.

Bukan sahaja kepada  kontraktor yang dipilih, malah berkemungkinan menjejaskan tarikan Malaysia dengan lebih meluas sebagai destinasi perniagaan untuk pelabur EU khususnya pada sektor teknologi tinggi yang bergantung kepada vendor 5G yang dipercayai.

Buat masa ini, Huawei, wakil EU dan Kementerian Komunikasi dan Digital masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.