England berjaya ke final Euro 2024 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir sekaligus bakal berdepan Sepanyol di Berlin.
Kemaraan mereka turut menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meramalkan skuad kendalian Gareth Southgate itu akan tersingkir awal selepas mempamerkan prestasi hambar di peringkat kumpulan.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Ia adalah penamat luar biasa untuk malam yang bermula dengan suram buat England, kerana Xavi Simons memberikan Belanda gol pembukaan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti seawal mini ke 7.
Bagaimanapun, England tidak lama kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane selepas pengadil Jerman, Felix Zwayer membuat semakan VAR.
Perlawanan itu seperti akan berlangsung sehingga diheretkan ke masa tambahan namun Ollie Watkins muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90.
Di masukkan menggantikan Kane, Watkins menerima umpan Cole Palmer lalu melepaskan rembatan rendah ke sudut bawah gol untuk membuat Belanda terkejut.
“Saya kehilangan kata-kata. Saya tidak fikir saya akan menjaringkan gol sebaik itu dalam waktu genting ini,” kata Watkins, penyerang Aston Villa.
Ollie Watkins: "I never thought I'd play at a EURO with England." 🥹#EURO2024 | #NEDENG pic.twitter.com/WDE0wWZ27K
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 10, 2024
Kempen Gareth Southgate bersama England jarang sekali menyerlah, tetapi mereka kali ini berpeluang mencapai impian untuk memenangi trofi utama pertama sejak 1966.
Untuk melakukannya, mereka perlu bermain lebih baik daripada apa yang mereka tunjukkan sehingga sekarang ini di Jerman kerana akan berdepan pasukan Sepanyol yang mengalahkan Perancis 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir sebelum ini.
Spain 🆚 England
Berlin. Sunday.#EURO2024 pic.twitter.com/f1NqmQfOpO
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 10, 2024