Turkiye menewaskan Republik Czech 2-1 awal pagi tadi dalam perlawanan yang cukup dramatik bagi mereka mara ke peringkat 16 terakhir Euro 2024.
Lebih mengejutkan, perlawanan ini diwarnai pelbagai insiden apabila sebanyak 16 kad kuning dan 2 kad merah telah dilayangkan oleh pengadil.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
Ini adalah rekod baharu dalam sejarah kejohanan.
Czech memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang tetapi kad kuning kedua ke atas pemain tengah Antonin Barak menyukarkan misi mereka dan seterusnya tersingkir daripada kejohanan.
Dalam aksi sengit dan tegang menuju penamat, pemain Czech Tomas Chory turut dilayangkan kad merah beberapa saat sebelum wisel penamat.
Perancang Turki berusia 30 tahun, Calhanoglu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-50 dengan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol Jindrich Stanek. Gol itu yang pertama buat Calhanoglu dalam tiga penampilan di Euro.
Bagaimanapun, Tomas Soucek menyamakan kedudukan minit ke-66 selepas berlaku kelam kabut di hadapan kotak penalti sebelum Tosun menjadi pemusnah Czech dengan jaringan pada masa tambahan.
Keputusan itu menebus kekecewaan Turkiye pada Euro 2020 menyaksikan mereka pulang awal apabila pulang awal dengan tiga kekalahan dan melepaskan lapan gol.
Selepas dua kemenangan dalam tiga perlawanan, Turkiye menduduki tangga kedua di belakang Portugal dalam Kumpulan F berdasarkan perbezaan gol dan akan menentang Austria di peringkat 16 terakhir pada 2 Julai di Leipzig.
Czech pula tercorot sekaligus tersingkir selepas menamatkan saingan hanya dengan satu mata.