Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi tumpuan utama di Euro 2024 dengan ribuan peminat sanggup meluangkan masa menghadiri sesi latihan pasukannya dengan harapan dapat melihat kelibat idola mereka.
Pada usia 39 tahun, ini mungkin penampilan terakhirnya di pentas kejohanan Eropah dan beliau turut menggalas tanggungjawab mengemudi Portugal mencipta kejayaan di Jerman.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Dia dipeluk oleh seorang peminat ketika sesi latihan pertama pasukan minggu lalu sebelum beberapa yang lain menyerbu masuk ke tengah padang.
Paling menarik perhatian ialah tindakannya yang sanggup ‘meredah pokok taman’ semata-mata untuk melayan peminat yang mahu bergambar dengannya sebelum perlawanan pembukaan menentang Republik Czech beberapa hari lepas.
Gambar tersebut turut tular menerusi media sosial dan mengundang pelbagai pujian daripada penyokong bola sepak di seluruh dunia.
Cristiano Ronaldo climbed through some bushes to take a selfie with fans ahead of Portugal’s Euro 2024 opener against Czech Republic 📸😂 pic.twitter.com/ivJtWVMIJn
— SPORTbible (@sportbible) June 18, 2024
Ronaldo dilihat meredah pokok taman setinggi bahunya untuk pergi ke arah peminatnya itu yang berdiri di sebalik penghadang besi.
Dia kemudian mengambil telefon bimbit dan merakam swafoto bersama trio peminatnya itu sebelum kembali menyertai rakan sepasukannya.
Ronaldo mengharungi kempen yang menakjubkan bersama Al-Nassr musim ini apabila meledak 44 gol dan membantu 13 jaringan dalam 45 penampilan.
Beliau beraksi sebagai penyerang utama Portugal selama 90 minit ketika menentang Republik Czech namun tidak menjaringkan sebarang gol dalam kemenangan 2-1.
Bagaimanapun, Ronaldo kembali dikecam apabila memberikan isyarat penumbuk kepada penjaga gol Republik Czech, Jindrich Stanek yang hanya terduduk di atas padang dan menjerit sesuatu ke arah telinga pemain tengah, Petr Sevcik.
I absolutely love this version of Cristiano Ronaldo man 🤣😂
— Preeti (@MadridPreeti) June 19, 2024
Keraian Ronaldo itu hadir selepas Francisco Conceicao meledak gol kemenangan buat Portugal pada minit ke-92.