Saingan peringkat kumpulan Euro 2024 kini sudah tamat apabila sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati selepas mengharungi tiga perlawanan masing-masing.

Hanya juara kumpulan, naib juara dan empat pasukan tempat ketiga terbaik mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati yang dijangka berlangsung lebih sengit.

Baca Juga:

Senarai 16 pasukan yang telah mara ke peringkat kalah mati:

  1. Jerman (Juara kumpulan A)
  2. Switzerland (Naib juara kumpulan A)
  3. Sepanyol (Juara kumpulan B)
  4. Itali (Naib juara kumpulan B)
  5. England (Juara kumpulan C)
  6. Denmark (Naib juara kumpulan C)
  7. Slovenia (Tempat ketiga terbaik)
  8. Austria (Juara kumpulan D)
  9. Perancis (Naib juara kumpulan D)
  10. Belanda (Tempat ketiga terbaik)
  11. Romania (Juara kumpulan E)
  12. Belgium (Naib juara kumpulan E)
  13. Slovakia (Tempat ketiga terbaik)
  14. Portugal (Juara kumpulan F)
  15. Turkiye (Naib juara kumpulan F)
  16. Georgia (Tempat ketiga terbaik)

Aksi pertama pusingan 16 Euro 2024 akan berlangsung pada hari ahad ini, 30 Jun 2024 membabitkan perlawanan Switzerland menentang Itali pada jam 12 tengah malam waktu Malaysia diikuti perlawanan lain.

Rujuk jadual penuh perlawanan pusingan 16 Euro 2024 menerusi grafik dibawah.

8 pasukan yang menang akan mara ke peringkat suku akhir bermula pada 6 Julai 2024 dan seterusnya ke peringkat separuh akhir (10 dan 11 Julai) serta aksi Final (15 Julai).