FA Singapura menjemput kelab dari dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian dalam saingan liga divisyen satu negara itu iaitu Singapore Premier League (SPL).

Menurut laporan media dari negara seberang, FAS membuka peluang kepada mana-mana kelab dimana mereka perlu menghantar dokumen lengkap sebelum saingan musim 2025/2026 bermula.

Baca Juga:

Ketika musim 2023, FA Singapura telah mengambil langkah sama namun tiada kelab yang berminat untuk beraksi di liga negara itu dan badan tersebut kembali menggunakan kaedah sama bagi saingan musim hadapan.

FA Singapura Terima Tawaran

Sebelum ini, FAS menyatakan mereka kembali menggunakan kaedah tersebut selepas menerima permohonan dari beberapa kelab yang berminat untuk beraksi dalam saingan SPL.

SPL kini mempunyai sembilan pasukan dan FAS telah menyatakan dengan jelas “keinginannya untuk mengembangkan liga melebihi jumlah sekarang”. Khususnya, untuk memasukkan kelab bola sepak swasta dan didorong secara komersial.

“Peningkatan ini akan menjadikan SPL lebih menarik dan menyediakan ruang yang lebih besar untuk pemain bola sepak Singapura untuk bermain permainan di peringkat tertinggi di Singapura,” kata persatuan itu.

FA Singapura
Lion City Sailors

Menerusi pencarian ini, FAS berkata ia “berusaha untuk mengenal pasti kelab yang bersedia untuk menegakkan dan memajukan nilai SPL, menyumbang kepada pertumbuhan bola sepak di Singapura sambil menawarkan peminat pengalaman yang dipertingkatkan dan aksi bola sepak yang kompetitif”.

Sebelum ini, beberapa kelab dari luar negara pernah beraksi dalam saingan SPL seperti Albirex Nigata (Jepun),Étoile FC (Perancis) dan Brunei DPMM (Brunei) yang mana tiga pasukan ini pernah muncul sebagai juara liga.

Selain itu, pasukan muda negara iaitu Harimau Muda juga pernah beraksi di Singapura sebagai pertukaran untuk Lions XII yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.