Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad percaya pasukannya mempunyai peluang untuk mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 yang akan berlangsung pada 26 April ini.
Pengendali berusia 62 tahun itu, yang terkenal selepas menjaringkan gol kemenangan untuk Singapura pada final 1980, kini berpeluang menjulang trofi itu semula sebagai ketua jurulatih.
Baca Juga:
- Pencapaian JDT Samai Rekod Cemerlang Bayern Munich
- Mara Ke Pusingan 16 ACL Elite 2024/25, Ini Jumlah Keseluruhan Wang Diterima JDT
- Media Korea Lapor Pemain Pohang Steelers ‘Diganggu’ Jelang Aksi Menentang JDT
Fandi Ahmad Mahu Hadiahkan Piala Untuk Peminat

Dalam satu temu bual bersama media Singapura, Fandi menegaskan beliau mahu menghadiahkan piala untuk peminat selepas 10 tahun kemarau memenangi Piala Malaysia.
“Ini bukan sahaja untuk saya, tetapi lebih kepada rakyat di Pahang. Mereka suka dan menghargainya kerana sudah lebih 10 tahun sejak mereka memenangi Piala Malaysia pada 2014, dan mereka telah merindui acara sebegitu,” kata Fandi Ahmad.
“Amat sukar bagi pasukan lain untuk memenangi liga untuk sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang kerana JDT adalah pasukan terkuat dengan kuasa kewangan, infrastruktur dan pemain mereka.”
“Tetapi, dalam satu perlawanan piala, saya percaya kami mempunyai peluang. Ia akan menjadi sangat, sangat sukar, tetapi tidak mustahil,” katanya.

Kali terakhir Pahang menjulang Piala Malaysi ialah pada edisi 2014 dimana ketika itu mereka menundukkan JDT menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.
Hafiz Kamal menjadi wira dimana beliau menyempurnakan sepakan terakhir selepas Norshahrul Idlan Talaha gagal untuk menjaringkan gol bagi JDT sekaligus memberikan kemenangan 5-3 kepada Pahang.
Saingan edisi musim ini menyaksikan Pahang berjaya mengetepikan cabaran dari pasukan besar seperti Selangor, Perak, dan Sabah untuk mara ke final.
Bagi JDT pula, mereka menewaskan KL Rovers, Kuala Lumpur City dan Terengganu untuk mara ke perlawanan akhir.