Jenama tudung terkenal di Malaysia, Fareeda tampil dengan rekaan tudung terbaharu yang bertemakan superhero. Hasil kolaborasi dengan DC Comics Super Heroes ini menjadikan keluaran rekaan kali ini tampak begitu unik.

Melalui perkongsian di Instagram oleh pengasas jenama ini Mawar Abdul Karim, Fareeda akan menampilkan tiga watak superhero iaitu Superman, Batman dan Wonder Woman. Butiran yang dihias menggunakan batu jemeki disusun untuk membentuk logo ketiga-tiga watak superhero tersebut.

https://www.instagram.com/p/Bi5uQ3AF7s6/?hl=en

Buat anda yang teruja untuk memiliki koleksi tudung ini, anda boleh didapatkan ketiga-tiga helai keluaran ini di Johor Bahru City Square bermula 17 Mei hingga 13 Jun ini. Mungkin anda boleh gayakan untuk hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.