Menerusi satu temu bual yang disiarkan Melodi semalam, Farid Kamil mengatakan tidak dibenarkan untuk bertemu dengan anak perempuannya, Nur Aurora dan alasan yang diberikan adalah Aurora trauma dengan insiden petik cili.

Farid dikatakan mendenda Aurora yang masuk ke rumah jiran tanpa kebenaran dan memetik cili. Susulan itu, Diana Danielle di Instastory miliknya membuka cerita sebenar berkaitan insiden petik cili tersebut yang membuatkan anak perempuan mereka trauma.

Baca Juga:

Menurut Diana, Aurora dimarah dan dibiar tidur atas lantai depan pintu tandas. Malah, ketika Diana mahu mengambil Aurora untuk masuk bilik, Farid juga mengugut mahu sambung hukuman dan pukul Aurora keesokan harinya.

Diana juga menepis dakwaan Farid dimana dia memfailkan penceraian disebabkan kejadian itu tidak benar sama sekali dan permohonan penceraian sudah dilakukan dua hari sebelum perkara itu terjadi.

Tambahnya, Farid sudah mengetahui dan tidak menghalang dirinya untuk meneruskan membuat permohonan itu. Malah, Diana terpaksa menghubungi pihak polis pada hari kejadian selepas Farid mengamuk besar dan Farid enggan membuka pintu meskipun sudah diketuk selama berjam-jam oleh anggota polis di hadapan rumah mereka.

“Mereka (polis) ketuk berjam dan menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan tapi sebaliknya kami panjat sebab dia enggan buka pintu, kenapa?” ujar Diana.

Bukan itu sahaja, Diana juga mendedahkan bahawa Farid sudah 4 bulan culas bayar nafkah dan mengatakan dirinya yang membayar perjalanan mereka sekeluarga ketika mengerjakan ibadah umrah sebelum ini.

Dalam pada itu, Diana juga memberi bayangan seolah-olah sudah tawar hati mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.