Fatin Afeefa mengesahkan bahawa dia berhenti berlakon dan menyanyi kerana menuruti permintaan suaminya.

Di mana suaminya, Aliff Awang atau Opai berpendapat bahawa berlakon dan menyanyi itu berkaitan dengan penjagaan aurat.

Baca Juga:

Opai juga meminta Fatin Afeefa fokus untuk menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik.

Kali terakhir dia berlakon adalah pada Januari lalu untuk drama 29 Episod.

Fatin yang berusia 30 tahun mendengar serta menghormati nasihat suaminya itu dan memutuskan untuk berhenti berlakon atau menyanyi. Ini kerana mereka berdua cuba menjadi ibu bapa serta contoh yang terbaik kepada anak anak mereka.

Dipetik daripada Harian Metro, Fatin Afeefa menegaskan sebab kenapa dia berhenti daripada dunia seni: “Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Namun, saya cuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

“Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga saja.”

Namun begitu suaminya masih memberikan kelonggaran kepada Fatin Afeefa untuk terlibat dalam beberapa kempen tertentu. Ini kerana Fatin Afeefa sudah terbiasa bekerja, jadi dia dibenarkan keluar rumah sebulan sekali untuk urusan kerja.

Kini Fatin Afeefa lebih senang untuk duduk sahaja di rumah yang menurutnya membuatkan dia sangat tenang. Ini kerana orang ramai ketika ini tidak perlu ambil tahu apa yang dia lakukan.

Fatin menambah: “Kami mahu menjadi muslim yang lebih baik. Kami juga sudah padam hantaran-hantaran yang haram dan tidak elok di media sosial. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti.

“Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.”