Sejak minggu lalu orang ramai meluahkan rasa kecewa apabila kek yang dibeli daripada influencer terkenal, Fendymojo rosak kerana berkulat.
Sehubungan itu beliau tampil meminta maaf dan telah mengambil beberapa solusi untuk mengelakkan lebih ramai orang mendapat kek yang rosak.
Baca Juga:
- Kek Coklat ‘Premium’ Didapati Berkulat Sewaktu Dibuka Cetus Pertikaian Netizen
- Ekoran Teruk Dikritik Netizen, ‘Influencer’ Turunkan Harga Kek Coklat ‘Premium’ Dari RM39 Ke RM29
- Rasa Loya Tekak, Kedai Ini Jual Kek Taugeh Dengan Harga RM510
Antaranya solusi dibuat adalah menutup penjualan secara dalam talian, serta mengembalikan semula wang pembeli.
@fendymojo Open walkin dekat showroom hitam premium untuk siapa yang nak beli kek. Jemput datang. #hitampremium #fendymojo
“73 order online saya dah reject. Jadi pembelian online sebelum ini saya dah tutup.
“Tapi saya ada masalah baharu; masih ramai lagi yang nak beli (kek),” ujarnya dalam hantaran video TikTok terbaharu.
Tidak patah semangat dengan insiden yang berlaku itu, beliau telah mengambil langkah untuk menjual kek hitam premium itu fresh dengan membuat walk in di pusat pameran Hitam Premium.
Fendymojo jual kek hitam premium fresh berkuantiti terhad sehari


“Anda boleh beli kek dibuat segar, sama macam dalam gambar tanpa ada kemek dan rosak.
“Seorang hanya boleh beli dua sahaja kek tersebut. Sebab saya dah hadkan 100 bekas sahaja sehari,” kata influencer itu.
Kek tersebut hanya akan dijual dalam masa 3 hari sahaja, bermula 26 April hingga 29 April ini. Bermula 12 tengah hari hingga 9 malam.

Terdahulu tular hantaran daripada orang ramai yang mendapat kek yang sudah berkulat daripada influencer tersebut walaupun tempoh tempahan dan penerimaan sangat singkat.
Dalam pada itu, warganet turut pernah menegur influencer tersebut kerana menjual kek coklat tersebut dengan harga yang agak mahal, serta tidak sesuai dengan rasanya yang biasa sahaja.