Keluarga Sultan Brunei memang terkenal dengan minat mereka terhadap kereta mewah. Pada tahun 1994, anak buah Sultan Brunei, Putera Abdul Hakeem yang ketika itu baru berusia 20 tahun sudah mempunyai akses untuk kekayaan Sultan Brunei dan boleh membelanjakannya. Mana tidaknya, ketika umurnya mencecah 18 tahun, beliau menerima USD1 billion wang tunai ke dalam akaun simpanannya.

Michael Sheenan, seorang salesman untuk jenama Ferrari menerangkan koleksi kereta Sultan Brunei merangkumi satu level hanya untuk Mercedes SL500s warna hitam, satu level lagi hanya untuk Ferrari Testarossa dan beberapa Bentley dan Lamborghini bewarna kuning. Itu tidak termasuk lagi satu showroom khas untuk kereta-kereta lain miliknya. Antaranya Ferrari 288 GTO Evo, F40 LM, F50 dan tiga McLaren F1s.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling unik tentang koleksi Sultan Brunei adalah ada di antara kereta-kereta miliknya tidak akan berada di tempat lain kerana ianya dibina hanya untuk Sultan Brunei. Hebat. Untuk Putera Hakeem, beliau mahukan satu kereta yang lain daripada yang lain dan istimewa; Ferrari dengan transmisi semi-automatik. Pada ketika itu, teknologi itu masih belum wujud untuk kereta biasa mahupun Ferrari. Tetapi bagi Putera Hakeem, no is not an option. Jadi mereka perlu cari cara untuk mewujudkan juga kereta ini.

Jadi, Prince Hakeem terus mendapatkan khidmat Carozzeria Pininfarina, pembuat kereta custom untuk keluarga kesultanan Brunei. Sebelum ini Pininfarina telah membuat ubah suai untuk kereta sultan Brunei yang lain antaranya Ferrari, Bentley, Jaguar dan banyak lagi. Dan dalam jangkamasa kurang 10 tahun, lebih kurang 50 buah kereta telah dihantar ke Pininfarina untuk diubah suai oleh keluarga Sultan Brunei.

Paolo Garella, manager department prototype Pininfarina adalah insan yang bertanggungjawab untuk projek kereta Putera Hakeem ini. Pasukannya memilih Ferrari Testarossa, yang pada ketika itu adalah model yang paling canggih sebagai model untuk diubahsuai. Model akhir itu kemudiannya dikenali sebagai ‘Ferrari FX’.

pbarshon_160316_0982_0O6A4734_fin.0

Kereta itu berjaya direalisasikan oleh Paolo dan transmisi kereta ini diambil dari transmisi kereta Formula One Williams. Pada ketika itu, transmisi semi-automatik hanya terdapat pada kereta lumba formula one. Jadi, ini adalah kereta pertama Ferrari dengan transmisi semi-automatik; permulaan kepada transmisi semi-automatik kebanyakkan kereta Ferrrari yang dibina sekarang ini.

Model FX adalah sangant rare kerana hanya 6 buat FX dibina dan dihantar ke keluarga Sultan Brunei kecuali ‘model 4’, yang berada di garaj pasukan Formula 1 Williams di England. Kesemua 5 model kereta FX diwarna Ferrari red kecuali model 4, yang diwarnakan dengan warna sapphire blue.

Selepas Sultan Brunei tidak meneruskan minat untuk mendapatkan kembali model 4, ianya dibeli oleh Dick Marconi daripada pasukan Williams. Dick Marconi adalah co-founder untuk jenama produk kesihatan terkenal dunia, Herbalife. Model 4 kini berada di museum kereta milik Marconi di Tustin, California.

Hebat betul selera keluarga sultan Brunei terhadap kereta. Ini cuma salah satu kereta custom keluarga itu pada tahun 1994. Apa pula kereta custom yang dimilik oleh Sultan Brunei dalam tahun ini atau tahun lepas?

fx 1

fx 2

fx 3

pbarshon_160316_0982_0O6A4560.0

pbarshon_160316_0982_0O6A4573.0

pbarshon_160316_0982_0O6A4593.0

pbarshon_160316_0982_0O6A4618.0

pbarshon_160316_0982_0O6A4658.0

Sumber