Bendera Palestin berkibar megah di Pisa ketika kelab Pisa SC sedang  dalam keraian.

Pisa SC kembali ke Serie A

Pisa SC meraikan kepulangan semula kelab itu ke Serie A selepas 34 tahun.

Kelab yang dibimbing oleh Filipo Inzaghi itu meraikan kejayaan mereka setelah disahkan naik ke Serie A.

1

Seluruh bandar Pisa SC  bergembira. Bendera kelab itu dikibarkan di beberapa mercu utama bandar tersebut terutama sekali menara condong Pisa.

2

Inzaghi dijamin terus membimbing

Presiden Pisa, Gueseppe Corrado mengesahkan bahawa Filipo Inzaghi akan terus kekal membimbing kelab itu pada musim pertama mereka di Serie A musim hadapan.

“Sudah tentu dia akan membimbing kami, dia ada kontrak yang masih panjang,” tegas Corrado.

Kibaran bendera Palestin

Dalam pada itu, satu detik menarik terjadi ketika keraian mereka. Di mana Filipo Inzaghi telah mengetuai pemain pemain Pisa mengibarkan bendera Palestin  dalam keraian mereka.

Tindakan itu benar benar menyentuh hati ramai pihak. Kerana tidak menyangka kelab seperti Pisa dan nama legenda seperti Inzaghi masih lagi mengingati kesengsaraan di Gaza, ketika mereka dalam mood euforia meraikan kejayaan.

Leyla Hamed menulis: “Meraikan kenaikan pangkat ke Serie A,  pemain Pisa dan pengurus Pippo Inzaghi – penyerang legenda AC Milan dan Itali – mengibarkan bendera Palestin, menyatupadukan bola sepak dan solidariti.”

Kenapa Palestin dekat di hati Pisa?

Di Itali, bandar Pisa merupakan salah satu tempat atau markas untuk penunjuk perasaan anti keganasan Israel di Gaza.

Aktivis keamanan dan pro Palestin seringkali berkumpul dan berhimpun di hadapan menarai Pisa untuk menyatakan solidariti mereka.

Malah menara Pisa sendiri sudah beberapa kali mengibarkan bendera Palestin tanda solidariti.

Ini membuatkan bandar Pisa seringkali dikecam oleh golongan Pro Israel dengan label seperti antisemitik. Ya, label yang seringkali diberikan kepada sesiapa sahaja yang tak setuju dengan mereka.

Walaupun jelas sekali penduduk di Pisa bersuara atas dasar kemanusiaan dan keamanan dunia.

Maka tidak hairanlah pasukan bola sepak Pisa SC juga membawa sentimen yang sama dalam diri mereka.

‘Derbi’ Inzaghi

Seperkara menarik musim hadapan apabila berlaku pertarungan adik beradik Inzaghi di kawasan teknikal.

Simone Inzaghi akan berdepan abangnya Filippo Inzaghi dalam aksi Serie A sebagai pengurus.

Simone Inzaghi sudah tentunya akan kekal bersama Inter berdasarkan prestasi semasa kelab itu, yang kini berada di final UCL.

Pada masa yang sama masih bersaing merebut trofi Serie A dengan Napoli.