Pada minggu lalu heboh kisah seorang usahawan wanita dari pantai timur telah membeli beberapa buah motosikal dengan harga yang ‘tidak masuk akal’.

Difahamkan harga motosikal dibeli yang mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit adalah disebabkan model-model tersebut sudah tiada lagi di pasaran.

Baca Juga:

Pada masa sama timbul perdebatan antara peminat motosikal mengenai model NOS dan Restore NOS.

NOS (New Old Stock) bermaksud stok lama barangan yang masih kekal original sejak keluar dari kilang.

@santaianakutaraofficial

NOS vs RESTORE NOS #doa #ibu #sepanjang #highway #ROAD #50k

♬ original sound – SANTAIANAKUTARAOFFICIAL – SANTAIANAKUTARAOFFICIAL

Bagaimanapun, sejak seorang usahawan wanita itu ‘memborong’ motosikal, timbul pula istilah ‘Restore NOS’.

Menurut peminat-peminat motosikal, mereka tidak pernah mendengar istilah itu sebelum ini.

Menerusi perkongsian TikTok @santaianakutaraofficial, ini kali pertama ‘Restore NOS’ didengari.

“Tiada istilah ‘Restore NOS’ ya. Sepuluh tahun dulu pun tiada istilah ‘Restore NOS’. NOS adalah NOS, ia bermaksud (motosikal) keluar dari kilang dan sampai ke tangan orang berkurun-kurun tanpa ada ubah sebarang part original motosikal.

“Restore NOS tak pernah dengar. Tapi orang dulu kata kalau dah tukar part motosikal yang keluar dari kilang, walaupun tukar part yang dah berkarat guna part original HYL — orang tetap panggil dia restore, bukan Restore NOS,” jelas video TikTok tersebut.

Menurutnya penjelasan itu dibuat bagi orang ramai faham dengan lebih jelas bahawa NOS dan restore adalah dua perkara berbeza. Pada masa sama istilah ‘Restore NOS’ langsung tidak wujud sama sekali.